Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.ti/] | بينتيق

Definisi : 1. titik pd kulit (kerana kena panas dll); 2. titik pd sesuatu benda: air hitam yg banyak ~ buih naik dr dalamnya; ~ perang sj penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);berbintik, berbintik-bintik ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.ti/] | بينتيق

Definisi : titik atau kurik pd kulit: Kulit belakangnya penuh dgn ~ hitam. berbintik, berbintik-bintik ada titik-titik (pd sesuatu): Bajunya ~ dgn tahi lalat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATARAK

Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa

mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk

kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil

dalam lensa mata mungkin tidak akan

menyebabkan kehilangan penglihatan.

UMUM 
PLAIS

Plais ialah ikan sebelah yang penting dari segi

komersial di perairan Eropah. Ikan ini membesar

sehingga kira-kira 90 sentimeter panjangnya dan

berwarna perang dengan bintik-bintik jingga

pada sebelah kanan atas. Kulit ikan ini licin.

UMUM 
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM 
MIRTEL LILIN

Mirtel lilin ialah pokok renek atau pokok kecil

malar hijau yang berbau wangi, yang terdapat di

sepanjang pantai timur Amerika Syarikat. Ia juga

terdapat di Hindia Barat. Mirtel lilin tumbuh sehingga

11 meter tingginya dan mempunyai bunga yang kecil,

berwarna kehijauan. Daun yang berukuran lima

hingga 10 sentimeter diliputi bintik-bintik berwarna

merah bara hingga perang. Mirtel lilin ditanam

sebagai pokok hiasan dan tumbuh subur di tanah

yang lembap.

UMUM 
KUPU-KUPU PIC

Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik

perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu

buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari

Jepun. Ia adalah satu daripada perosak

pic yang paling serius.

UMUM 
PIRU

Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas.

Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu

tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan

kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau

casque menutupi bahagian atas kepalanya.

UMUM 
BURUNG HITAM

Burung hitam ialah mana-mana jenis burung

kecil yang tergolong terutamanya dalam dua famili,

yang bulunya - sekurang-kurangnya yang jantan

berwarna hitam. Burung betina berwarna perang

dengan dadanya berbintik-bintik.

UMUM 
KUMBANG KURA-KURA

Kumbang kura-kura ialah kumbang kecil yang

badannya bulat berbentuk seperti separuh kacang

pis. Ia sering berwarna merah atau kuning dan

berbintik-bintik hitam, merah, putih atau kuning.

UMUM 
TAIPAN

Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa

yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah

antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia

boleh membesar lebih daripada tiga meter

panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada

dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang

pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan

berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di

bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di

kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem

Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat,

dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang

kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti

lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur.

Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil.

Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili

Elapidae. Ia adalah Oxyuranus scutellatus .

UMUM 
MERBUK MERATAP

Merbuk meratap ialah burung di Amerika

yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia

membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico,

dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada

musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30

sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang

kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya.

Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik

hitam. Burung ini terbang laju.

UMUM 
12

Kembali ke atas