Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biodiesel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biodieselbiodieselTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauRantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester yang dihasilkan daripada tindak balas minyak sayuran atau lemak haiwan dengan alkohol melalui pentransesteran. Biodiesel boleh digunakan sebagai bahan api yang mesra alam.
biodiesel feedstockstok suapan biodieselPertanianAgroteknologiBahan mentah yang diproses untuk menjadi biodiesel, contohnya minyak sawit. Stok suapan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang boleh dimakan dan bahan yang tidak boleh dimakan. Contoh bahan yang boleh dimakan ialah minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Contoh bahan yang tidak boleh dimakan pula ialah minyak jarak, minyak jojoba dan minyak alga. Terdapat kontroversi etika mengenai penggunaan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya sebagai stok suapan biodisel dalam keadaan penduduk dunia yang lebih memerlukan makanan berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan bakar.
biodieselbiodiselPertanianAgroteknologiBahan bakar yang diperbuat daripada minyak sayuran atau lemak haiwan yang disebatikan dengan alkohol menjadi ester. Biodisel digunakan sebagai bahan bakar alternatif bagi pemacuan automobil dan jentera. Penggunaan biodisel kian meningkat disebabkan oleh kemerosotan sumber petroleum. Sumber yang biasa digunakan untuk menghasilkan biodisel ialah pokok jarak, kelapa sawit, kacang soya, atau lembu, kambing.
dual fuel engineenjin bahan api duaanKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang boleh beroperasi dengan menggunakan dua jenis bahan api yang berlainan. Penggunaan bahan api tersebut boleh secara berasingan dan berturutan seperti enjin petrol-gas asli atau digunakan serentak mengikut nisbah campuran tertentu seperti enjin diesel-biodiesel. Dalam enjin petrol-gas asli, petrol hanya digunakan untuk memudahkan pembakaran ketika enjin sejuk dan semasa memecut. Dalam enjin diesel-biodiesel pula, diesel digunakan untuk membantu pembakaran biodiesel.
blended fuelbahan api campuranKejuruteraan AutomotifEnjinBahan api yang dihasilkan daripada campuran dua bahan api berlainan sumber. Contohnya, bahan api biodiesel yang merupakan campuran bahan api diesel daripada sumber petroleum dengan minyak sayuran seperti kelapa sawit pada nisbah tertentu.
biofuelbiobahan apiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang bahan api yang dihasilkan daripada sumber karbon biologi sama ada berbentuk pepejal, gas atau cecair. Contohnya, bioetanol, biodiesel, bioarang dan biogas.
biorefiningbiopenapisanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses penukaran biojisim kepada pelbagai produk berasaskan biologi seperti makanan, makanan haiwan, bahan kimia dan biotenaga seperti biobahan api dan biodiesel.
transesterificationpentransesteranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses menghasilkan ester daripada tindak balas asid karboksilik dengan alkohol. Kadar pentransesteran dipercepat dengan kehadiran mangkin yang bersifat alkali atau asid. Contohnya, penghasilan biodiesel daripada minyak sawit.
renewable feedstockstok suapan boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan mentah daripada sumber semula jadi yang boleh diganti semula dalam tempoh tertentu. Contohnya, minyak sawit sebagai bahan suapan untuk menghasilkan biodiesel.
feedstock blendingadunan stok suapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauCampuran dua atau lebih bahan mentah sebelum proses pembuatan bagi meningkatkan nilai ekonomi dan kualiti produk. Contohnya, campuran minyak sawit dan etanol sebelum proses pengesteran untuk menghasilkan biodiesel.
12

Kembali ke atas