Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.gra.fi] | بيوݢرافي

Definisi : 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yg berkaitan dgn riwayat atau kisah hidup seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.gra.fi] | بيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup seseorang: ~ Nabi Muhammad SAW sudah banyak ditulis orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi.
simulated biographybiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright.
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya.
collective biographybiografi kolektifPerpustakaanTiadaKoleksi biografi pelbagai pengarang yang dihasilkan dalam satu jilid atau beberapa jilid.
biographeesi biografiPerpustakaanTiadaOrang yang menjadi subjek sesuatu biografi.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
biographybiografiKesusasteraanTiadaTulisan tentang sejarah hidup seseorang individu.
biographybiografiPendidikanTiadaTiada
biographybiografiPerpustakaanTiadaTiada
biographybiografiPerpustakaanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas