Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.ji.sim] | بيوجيسيم

Definisi : (Bio) jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yg terdapat pd sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.ji.sim] | بيوجيسيم

Definisi : ist berat atau jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yg terdapat di dlm sesuatu ekosistem atau sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biojisim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biomassbiojisimPertanianAgronomi

Jumlah berat semua jenis organisma hidup termasuk tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang terdapat dalam satu ekosistem. Unit ukuran biojisim biasanya menggunakan berat bahan kering (setelah mengeluarkan kandungan air), yang diperoleh dalam satu hektar atau meter persegi. Biojisim mencerminkan produktiviti biologi sesuatu kawasan. Dalam bidang tenaga, biojisim ialah jumlah berat bahan organik seperti kayu, sisa tanaman dan ternakan yang boleh dijadikan bahan bakar untuk menjana tenaga.

relative growth index (RGI)kadar pertumbuhan relatifBotaniTiadaSalah satu komponen analisis pertumbuhan yang membandingkan biojisim kering tanaman dengan biojisim kering asal dalam satu tempoh. Lihat juga kadar pertumbuhan tanaman analisis pertumbuhan.
specific growth ratekadar tumbesaran spesifikPerikananAkuakulturKadar pertambahan berat biojisim dalam tempoh tertentu. Dalam lengkung sigmoid yang berlaku antara fasa penyesuaian dan fasa pegun, pertumbuhan biojisim mengikuti persamaan garis lurus adalah seperti yang berikut: ln Fm = Sg t + ln Im dan diolah kepada: Sg= (ln Fm - ln Im)/t di mana Sg ialah kadar tumbesaran spesifik, Fm ialah biojisim akhir, ln Im ialah biojisim awal dan t ialah tempoh masa.
pyramid of biomasspiramid biojisimBiologiEkologiPiramid yang menunjukkan terdapatnya pengurangan biojisim secara beransur-ansur pada setiap aras trofik, bermula dari dasar piramid.
standing biomassbiojisim menegakBiologiEkologiJumlah berat kering organisma yang wujud pada sesuatu masa di dalam suatu komuniti atau suatu ekosistem. Misalnya, biojisim menegak per hektar bagi suatu ekosistem hutan adalah jauh lebih besar daripada nilai yang sama bagi suatu ekosistem berumput.
biomass valorization technologyteknologi penaikan nilai biojisimSains dan TeknologiTiadaTeknologi untuk mempelbagaikan produk atau hasil, dengan memberikan nilai tambah kepada sisa pertanian. Contohnya, teknologi penghasilan sumber tenaga biojisim daripada sisa industri kelapa sawit.
biomassbiojisimVeterinarTiadaJumlah berat kesemua jisim seperti rumput dan dedaun yang terdapat terdapat dalam suatu kawasan tertentu dan pada suatu waktu tertentu. Hal ini mempunyai kaitan dengan hasil pengeluaran sumber makanan dan pengeluaran ternakan. Contohnya, jika diketahui kandungan biojisim sesebuah kawasan padang ragut maka akan diketahui jumlah ternakan yang boleh ditempatkan ke dalamnya.
ATP yieldhasil ATPBioteknologiTiadaHasil atau jumlah ATP yang terbentuk bagi setiap unit biojisim yang dihasilkan, dan dinyatakan sebagai YATP = MYe/n, dengan M ialah berat molekul sumber tenaga. MYe ialah hasil pertumbuhan molar, Ye ialah unit (g) biojisim kering yang terbentuk bagi setiap unit (g) sumber tenaga, dan n ialah bilangan ATP yang diperoleh daripada metabolisme 1 mol sumber tenaga.
biomassbiojisimPerikananTiadaTiada
biomassbiojisimPerhutananTiadaTiada
123456

Kembali ke atas