Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.ki.mia] | بيوکيميا

Definisi : sains yg melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yg berlaku pd benda-benda hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.ki.mia] | بيوکيميا

Definisi : ist 1 ilmu bkn sebatian kimia dlm organisma, tindak balas dsb yg berlaku dlm organisma (hidup). 2 bkn atau mengenai biokimia 1: proses ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biokimia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIOKIMIA UMUM 
OPARIN, ALEXANDER IVANOVICH

Oparin, Alexander Ivanovich (1894–1980)

ialah ahli biokimia Soviet. Dia mewujudkan teori

yang menjelaskan bagaimana hidupan di bumi

berasal daripada bahan kimia. Ideanya menjadi

asas bagi banyak teori saintifik moden tentang

asal usul hidupan. Oparin juga menjalankan

banyak penyelidikan tentang biokimia mengubah

tanaman pertanian mentah menjadi keluaran

seperti roti, gula, teh, tembakau, dan wain.

UMUM 
TATUM, EDWARD LAWRIE

Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli

biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel

tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui bahawa gen mengawal proses kimia

tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati

bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan

proses biokimia diturunkan kepada generasi

berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika

Syarikat.

Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian

tentang kimia gen).

UMUM 
SANGER, FREDERICK

Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia

British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958

dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang

kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John

Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang fizik.

UMUM 
BIOREMEDIProses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul.KEJURUTERAANKonsep
KREBS, SIR HANS ADOLF

Krebs, Sir Hans Adolf (1900–1981) ialah

ahli biokimia Jerman yang bekerja di England

yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1953 untuk

fisiologi atau perubatan.

UMUM 
DEUTERIUM

Deuterium, yang juga dikenali sebagai

hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil

(lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau 2H.

Deuterium ialah bahagian yang penting dalam

bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom,

biokimia, dan kimia.

UMUM 

Kembali ke atas