Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biologi marin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oceanographyoseanografiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKajian tentang laut, yang mencakupi dan menggabungkan semua ilmu yang berkaitan dengan sempadan fizikal lautan, sifat kimia dan fizik air laut serta biologi marin.
oceanographyoseonografiSains MarinTiadaKajian tentang laut dan lautan termasuk sains marin yang berhubung dengan sempadan lautan dan topografi dasar laut, fizik dan kimia air laut, jenis arus dan berbagai-bagai fasa biologi marin.
oceanographyoseanografiGeografiTiadaKajian tentang laut dan lautan, termasuk sains marin yang berhubung dengan, misalnya sempadan lautan dan topografi dasar laut, fizik dan kimia air laut, jenis arus dan berbagai-bagai fasa biologi marin.
oceanographyoseanografiGeologiTiadaKajian tentang laut dan lautan, termasuk sains marin yang berhubung dengan, misalnya sempadan lautan dan topografi dasar laut, fizik dan kimia air laut, jenis arus dan berbagai-bagai fasa biologi marin.
biological pumppam biologiSains MarinTiadaProses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera.
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
boring organismorganisma penggerekSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggerek ke dalam substratum seperti kayu, batu karang dan substratum keras yang lain. Ahli-ahli daripada beberapa filum seperti Porifera, Annelida, Arthropoda, Moluska dan Echinodermata diketahui mempunyai adaptasi untuk cara hidup ini. Organisma penggerek dapat dibahagikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan keupayaan untuk menggerek substratum yang berbeza, sama ada secara mekanikal atau secara kimia. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek kepada struktur binaan (terutamanya kayu) di persekitaran marin disebut sebagai hakisan biologi. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek memberikan impak besar kepada ekonomi dan industri maritim.
artificial reeftukun tiruanPerikananTiadaBahan buatan manusia yang terdiri daripada tayar, konkrit, besi atau kapal karam yang ditinggalkan di dasar laut untuk menarik atau mempengaruhi proses fizikal dan biologi organisma hidupan marin. Selepas dua atau tiga bulan diletakkan di dasar laut, organisma seperti teritip dan lumut akan tumbuh dan melekat pada bahan tersebut. Keadaan ini akan menarik perhatian ikan untuk berkumpul di kawasan tersebut kerana terdapatnya sumber makanan, tempat pembiakan dan perlindungan.
biogenicbiogenikSains MarinTiadaBerkaitan dengan sesuatu bahan yang berasal daripada organisma hidup atau yang terhasil melalui proses biologi. Contohnya, organisma laut yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu akan menghasilkan endapan seperti arang batu, minyak dan batu kapur.
no-take reserverizab tidak boleh ambilSains MarinTiadaKawasan geografi yang berdasarkan undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan untuk menangkap ikan atau mengambil sumber biologi di dalamnya. Peraturan ini boleh diaplikasikan untuk spesies tertentu atau terhadap semua spesies.
12

Kembali ke atas