Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biomekanik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occupational biomechanicsbiomekanik pekerjaanSains SukanBiomekanikBidang biomekanik yang memfokuskan aspek ergonomik dan keselamatan dalam persekitaran pekerjaan. Lihat juga ergonomik.
biomechanics of activities daily livingbiomekanik aktiviti harianSains SukanBiomekanikBidang khusus biomekanik yang memberi tumpuan kepada pergerakan warga tua dan golongan kelainan upaya. Contohnya, kajian tentang warga tua yang hilang kawalan postur apabila penghasilan dopamina di dalam otak mengalami kemerosotan yang ketara.
biomechanicsbiomekanikSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik.
kinesiologykinesiologiSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang berkaitan dengan pergerakan. Disiplin ini merangkumi bidang pengetahuan seperti anatomi, fisiologi, biomekanik dan psikologi. Istilah ini merupakan gabungan daripada dua perkataan Greek, iaitu kine yang bermaksud pergerakan dan logos yang bermaksud kajian.
absolute errorralat mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira magnitud kesilapan yang telah berlaku. Ralat mutlak dalam biomekanik melibatkan pengukuran ketepatan prestasi motor secara keseluruhan.
anatomyanatomiSains SukanBiomekanikCabang ilmu dalam bidang biologi yang mengkaji struktur tubuh dan kaitannya antara satu sama lain. Pendekatan anatomi digunakan dalam kajian biomekanik bagi menjelaskan struktur tubuh dan bahagian-bahagiannya serta bahagian-bahagian tubuh yang berpotensi untuk menghasilkan gerakan.
sports sciencesains sukanSains SukanBiomekanikBidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan.
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
biomechanicsbiomekanikPerubatanTiadaPenggunaan aturan mekanikal pada struktur hidup terutama sistem lokomotor tubuh manusia.
biomechanicsbiomekanikVeterinarTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas