Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biro;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Istilah mana yang betul? 1. "Ahli jawatankuasa biro" atau "Ahli Biro"? 2. "Ahli jawatankuasa Lajnah" atau "Ahli Lajnah'? Sebab BIRO dan LAJNAH sudah mewakili JAWATANKUASA. Pada pandangan saya, yang betul adalah AHLI BIRO atau AHLI LAJNAH. Pohon pandangan. Terima kasih.Untuk makluman puan, biro dan lajnah melaksanakan fungsi seperti sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kegiatan. Frasa yang betul ahli biro dan ahli lajnah.Istilah27.07.2015
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
1. Apakah perbezaan biro kebajikan dan badan kebajikan? 2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan?Berikut adalah perbezaan dari segi makna perkataan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Perbezaan biro dan badan
 i. Biro: Jabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai)
ii. Badan: Kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu.
       Agensi, pertubuhan.

2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan.
i. Persatuan: Gabungan, ikatan, kumpulan.
ii. Pertubuhan: Badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
Makna15.01.2021
Salam Sejahtera, Adakah betul struktur ayat seperti di bawah yang akan digunakan untuk acara rasmi: Tahniah Biro Pengaduan Awam atas sambutan Jubli Emas (Tandatangan Ketua Setiausaha Negara) *Mohon untuk memberi maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Terima kasih diucapkan di atas bantuan penyemakan ayat berkenaan.Tahniah, Biro Pengaduan Awam, atas sambutan Jubli Emas. (Tandatangan Ketua Setiausaha Negara)Lain-lain02.09.2021
TUAN/PUAN, ADAKAH DBP YANG MEMILIH BAHAN SASTERA YG DIGUNAKAN DLM PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 SEPERTI YG ADA SEKARANG? BETULKAH BAHAN2 SASTERA ITU AKAN DITUKAR? JIKA BENAR BILA DAN APAKHAH BAHAN2 YG BARU ITU?Bahan sastera untuk KOMSAS diuruskan oleh Biro Buku Teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak KPM telah melantik panel berwibawa untuk menentukan bahan-bahan tersebut. Untuk pengtahuan saudari, KOMSAS yang adakan hari ini akan ditukar dengan teks yang baru bermula pada tahun 2010. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.04.2009

Kembali ke atas