Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biro;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABUNG BANTUAN ISLAM ANTARABANGSA

Tabung Bantuan Islam Antarabangsa ialah

salah satu dari Pertubuhan Rabitah Alam Islami yang

terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ia diasaskan pada

tahun 1398 H./1978 M. Pertubuhan ini mempunyai

pejabat di lebih daripada 50 buah negara dan

mengandungi 17 biro (lujnah). Selain itu terdapat

juga biro-biro bagi daerah dalam kawasan yang

mana pertubuhan ini beroperasi di lima buah

benua. Biro-biro ini diterajui oleh biro pelaburan.

UMUM 
BIRO TIMBANG DAN UKURAN ANTARABANGSA UMUM 
BIRO BANTUAN GUAMAN

Biro Bantuan Guaman, biro yang diwujudkan untuk memberikan bantuan guaman kepada individu yang memerlukan perkhidmatan profesional daripada peguam cara atau peguam bela biasa tetapi tidak berkemampuan untuk mendapatkannya.

UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi
BIRO KESUSASTERAAN BORNEO

BIRO KESUSASTERAAN BORNEO, jabatan dalam kerajaan Sarawak dan Sabah, khususnya menampung semua keperluan yang berkaitan dengan kesusasteraan.  Biro ini ditubuhkan pada 15 September 1959, dan dikendalikan atas dasar separa-perdagangan, iaitu bekerjasama dengan badan-badan lain dalam perdagangan buku.

SASTERAInstitusi/Organisasi
POLITBURO

Politburo ialah biro politik Jawatankuasa Pusat

yang mengawal Parti Komunis Kesatuan Soviet dari

tahun 1919 hingga tahun 1991. Sebelum tahun 1990,

Politburo mengandungi anggota Parti Komunis yang

paling berkuasa, dan keputusan penting dalam

kerajaan Soviet memerlukan kelulusannya.

UMUM 
REUTERS

Reuters ialah salah satu daripada agensi

pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia

memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah

negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100

buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat

kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat

korporat. Kepentingan mengawal dalam

perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari

beberapa buah negara, termasuk Great Britain,

Ireland, Australia dan New Zealand.

UMUM 
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN

KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama.

BAHASABahasa

Kembali ke atas