Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ru] | بيرو

Definisi : warna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut; biru langit biru seperti warna langit; biru laut biru seperti warna laut; biru lebam biru gelap; biru merak warna biru kehijauan yang terang; biru muda biru keputih-putihan; biru nila warna biru tua keunguan; biru tua biru gelap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ru] | بيرو

Definisi : ; haru-~; ® haru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ru] | بيرو

Definisi : warna spt warna langit ketika angkasa tidak dilindungi awan. membiru menjadi berwarna biru; tampak berwarna biru. membirukan mewarnai (lukisan dll) dgn warna biru. kebiruan keadaan biru. kebiru-biruan agak biru; seakan-akan biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biru

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(38)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
larutan metilena birumethylene blue solutionLarutan berwarna biru pekat, digunakan untuk mewarnakan sel organisma dalam sesuatu eksperimen.Menengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali.Menengah Rendah
larutan metilena birumethylene blue solutionLarutan organik yang digunakan sebagai bahan pewarna dan penunjuk dalam analisis volumetri.Menengah Atas
asidacidBahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat RajahSekolah Rendah
kuprum sulfat kontanganhydrous copper sulphateSebatian logam yang berwarna biru muda, tidak mengandungi air atau air habluran. Formula CuSO4.Menengah Rendah
alkalialkaliBahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin.Sekolah Rendah
larutan kuprum (II) sulfatcooper (II) sulphate solutionLarutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 .Menengah Atas
alkalialkaliBahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid.Menengah Rendah
besbaseSebatian yang berasa pahit yang menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Ia bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.Menengah Atas
penyebaran cahayalight dispersionPemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca.Menengah Atas
123

Kembali ke atas