Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ru] | بيرو

Definisi : warna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut; biru langit biru seperti warna langit; biru laut biru seperti warna laut; biru lebam biru gelap; biru merak warna biru kehijauan yang terang; biru muda biru keputih-putihan; biru nila warna biru tua keunguan; biru tua biru gelap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ru] | بيرو

Definisi : ; haru-~; ® haru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ru] | بيرو

Definisi : warna spt warna langit ketika angkasa tidak dilindungi awan. membiru menjadi berwarna biru; tampak berwarna biru. membirukan mewarnai (lukisan dll) dgn warna biru. kebiruan keadaan biru. kebiru-biruan agak biru; seakan-akan biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biru

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(38)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paris bluebiru Paris/biru tua/biru BerlinKesenianTiadaWarna biru tua kemerahan.
paris bluebiru Paris/biru tua/biru BerlinKesenianTiadaWarna biru tua kemerahan.
aquamarineakuamarinKimiaTiadaVarieti atau jenis beril yang terdapat dalam warna biru, biru-hijau atau hijau.
lapis lazulilapis lazuli/lazuardiGeologiTiadaBatuan habluran lutcahaya hingga legap, berwarna biru langit, biru ungu, atau biru kehijauan, digunakan sebagai batu separa berharga, dan terdiri terutamanya daripada lazurit dan kalsit dengan sedikit hauyn, sodalit, dan mineral-mineral lain.
cordieritekordieritGeologiTiadaMineral ortorombus berwarna biru cerah hingga biru gelap atau biru lembayung, memperlihatkan pleokroisme yang kuat, mudah terubah apabila terdedah, merupakan mineral aksesori dalam granit.
deep bluebiru kelasi; biru pekatKomunikasi MassaTiadaTiada
deep bluebiru kelasi; biru pekatKesenianTiadaTiada
deep bluebiru kelasi; biru pekatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
blue stainnoda biru/bintik biruPentadbiran PerniagaanTiadaTanda kebiru-biruan pada kayu bergetah, yang disebabkan oleh berbagai-bagai jenis kulat.
lazuritelazuritGeologiTiadaMineral feldspatoid berwarna biru atau biru lembayung yang menghablur dalam sistem isometrik dan berupa juzuk mineral lapis lazuli yang utama.
12345678910...

Kembali ke atas