Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : biru spt warna langit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biru langit

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana penggunaan kata - di dalam fikiran atau dalam fikiran. soalan kedua - adakah langit biru dan rumah putih itu kata majmuk

Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya".

Langit biru dan rumah putih - bukan kata majmuk. Kata majmuk bermaksud gabungan dua kata yang membawa makna tertentu.

Rumah putih akan menjadi kata majmuk sekiranya merujuk kepada maknanya selain daripada rumah yang berwarna putih. Contohnya rumah putih yang merujuk kepada "White house" di Amerika.

 

Tatabahasa04.11.2008
Adakah perkataan 'vault' dan 'dome' mempunyai kata yang sama dalam bahasa melayu iaitu 'kubah'?
Ya, "vault" dan "dome" merujuk kubah. Kamus-Inggeris Dewan mentakrifkan "vault" sebagai arched structure forming a roof or ceiling, kekubah; manakala "dome" sebagai kubah: the stately ~ of the mosque, kubah masjid yg berdiri megah; the blue ~ of the sky, kubah langit yg biru; the ~ of the head, lengkung kepala.


Makna10.07.2014

Kembali ke atas