Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blog


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog?

Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan  penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih

Istilah24.03.2009
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih.Yang paling sesuai ialah: 1. blog  2. penulis blog  3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog.Tatabahasa07.05.2009
apakah terjemahan paling tepat bagi 'blog posting' ?Tidak ada istilah khusus untuk blog posting. Dalam bidang teknologi maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah blog ialah blog, dan padanan bahasa Melayu untuk istilah posting ialah kiriman.Istilah06.04.2011
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'blog'. Apakah definisi sebenar perkataan tersebut? Bolehkah kita anggap aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram sebagai 'blog'? Terima kasih. ConnellyBlog merupakan laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Oleh itu, blog bukanlah aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram.Makna07.08.2021
Adakah makna perkataan 'blog' dan adakah perkataan 'blog' sudah dimasukkan di dalam mana-mana kamus terbitan DBP setakat 2007perkataan ini belum dimasukkan ke dalam Kamus Dewan.Tatabahasa21.04.2008
Daie Blogger Ejaan tepat bagi perkataan di atas ialah apa?Perkataan Daie Blogger tidak ada dalam sumber rujukan kami. Padanan blogger ialah penulis blog dan penulis blog menulis untuk pelbagai matlamat dan kecenderungan. Ada penulis blog yang lebih cenderung menulis pengalaman sendiri dan ramai juga yang menulis dengan niat berdakwah melalui medium tersebut.Istilah22.10.2011
Bolehkah istilah "blogwan" diterima sebagai terjemahan kepada "blogger" selain daripada penulis blog dan pemblog? Ia membawa maksud bahawa orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Ia berdasarkan ciri-ciri yang serupa, misalnya wartawan dan karyawan.

Padanan blogger yang ada ialah penulis blog. Belum ada padanan lain yang merujuk orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Hal ini akan kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapannya nanti.

Istilah22.12.2011
Maksud 'blog' dalam bahasa Melayu?Laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.Makna11.08.2019
Saya nak tahu penggunaan kata pada dan kepada. Contohnya: 1) Perubahan pada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan. 2) Perubahan kepada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan.Ayat yang betul ialah Perubahan pada halaman blog anda menyebabkan kekeliruan. Lain-lain20.01.2021
blog - istilah dalam BMblogIstilah23.02.2009
1234

Kembali ke atas