Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan bola di padang dgn cara menyepak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan menyepak bola antara dua pasukan dgn cara dan syarat tertentu dan pemain dikehendaki menyepak bola ke dlm gol lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepak
Kata Terbitan : menyepak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJUDIAN BOLA SEPAK

Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk

perjudian yang popular di United Kingdom.

Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam

perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan

sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan

keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang

yang bermain judi ini mendengar dengan cemas

siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu

pada musim perlawanan bola sepak. Mereka

berharap telah membuat ramalan yang tepat dan

memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila

banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana

cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas

yang dikenali sebagai panel perjudian membuat

penetapan tentang keputusan yang mungkin

tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar

diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi

berasaskan keputusan panel tersebut.

UMUM 
BOLA SEPAK PERATURAN AUSTRALIA

Bola Sepak Peraturan Australia lihat

Australia , Bola Sepak Peraturan.

UMUM 
AUSTRALIA, BOLA SEPAK PERATURAN

Australia, Bola Sepak Peraturan ialah

permainan musim sejuk yang sangat popular di

negeri-negeri selatan Australia. Nama rasmi nya

ialah Bola Sepak Australia . Permainan ini, yang

dicipta oleh orang Australia, dimainkan

terutamanya di Australia dan di Papua New

Guinea.

UMUM 
BOLA SEPAK

Bola sepak ialah sukan yang paling popular

di dunia. Ia adalah sukan kebangsaan bagi

kebanyakan negara di Eropah dan di Amerika

Latin dan bagi banyak negara yang lain. Sukan ini

dikenali sebagai football di kebanyakan negara

yang bertutur bahasa Inggeris. Ia juga selalu

dikenali sebagai soccer, iaitu namanya yang lebih

popular dalam bahasa Inggeris.

UMUM 
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League – CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

“touchdown”. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM 
BOLA SEPAK RAGBI

Bola sepak ragbi ialah sukan sentuh yang

pantas permainannya, yang dimainkan oleh dua

pasukan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan

cuba mendapat skor dengan menendang,

membuat hantaran, atau membawa bola sehingga

mereka boleh menendangnya memasuki gol lawan

atau menyentuhkan bola di belakang garisan gol

lawan. Pasukan yang mendapat banyak mata dikira

memenangi perlawanan.

UMUM 
ABDUL GHANI MINHAT

Abdul Ghani Minhat (1935-         ) pemain bola

sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di

Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala

Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah

dia terpilih mewakili pasukan bola sepak

sekolahnya, Princess Road School, di Kuala

Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai

Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia

mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan

Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih

mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan

Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili

pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam

perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2,

dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun

1956, Ghani membantu Selangor menewaskan

Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya.

UMUM 
SOH CHIN AUN

Soh Chin Aun (1950– ), pemain bola sepak

Malaysia pada tahun 1970-an hingga awal tahun

1980-an. Dia lahir pada tahun 1950 di Melaka. Chin

Aun memulakan karier bersama Melaka pada

tahun 1968 sebelum berhijrah ke Selangor. Di

Selangor, pada permulaan kariernya dia mewakili

kelab PKNS dalam liga Selangor, dan

kemudiannya mewakili kelab MCIS. Pada tahun

1970, dia mewakili negeri Selangor dalam

kejohanan Piala Malaysia.

UMUM 
MARADONA, DIEGO ARMANDO

Maradona, Diego Armando (1960– ),

pemain bola sepak Argentina yang terkenal pada

tahun 1980-an.

UMUM 
RAMSEY, SIR ALFRED

Ramsey, Sir Alfred (1922–1999), pengurus

pasukan Bola Sepak England yang memenangi

Piala Dunia pada tahun 1966.

UMUM 
123

Kembali ke atas