Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh berfikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
animal fantasyfantasi binatangKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang.
hallucinogenhalusinogenPerubatanTiadaUbat yang menghasilkan gangguan mental seperti halusinasi, ilusi dan gangguan persepsi yang merupakan tanda-tanda psikosis. Penggunaan ubat ini akan menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan berfikir dan boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain. Contoh ubat halusinogen termasuklah Lysergic acid dietrhylamide (LSD) dan methyleneoxymetamphetamine (Ectacy, MDMA). Biasanya, remaja mengambil ubat ini sebagai pil khayal.
innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
strategic thinkingpemikiran strategikPengurusanPerancanganCara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing.
behaviour theoryteori tingkah lakuPentadbiranTiadaPendekatan yang melihat sesuatu organisasi atau masyarakat memiliki pola tingkah laku yang boleh diperhati dan dianalisis secara saintifik. Teori ini menolak kajian yang memberi tumpuan kepada sesuatu institusi atau organisasi secara normatif. Teori ini menekankan bahawa masyarakat atau organisasi adalah umpama manusia yang boleh berperilaku atau berfikir secara kolektif. Pola perlakuan ini boleh dikaji dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan pandangan individu dan seterusnya boleh diteliti, dikawal, dijangka atau diramal perkembangannya.
groupthinkfikir kelompokPsikologiPsikologi UmumKecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus.
risk based thinkingpemikiran berasaskan risikoPengurusanPerancanganSuatu cara berfikir tentang kesan daripada keputusan atau tindakan yang diambil, yang mungkin akan menjejaskan operasi organisasi. Risiko bermakna sesuatu kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kesan negatif atau bencana kepada organisasi. Pemikiran berasaskan risiko diperlukan supaya pembuat keputusan akan lebih bersedia untuk mengatasi masalah sekiranya menghadapi situasi yang boleh memudaratkan organisasi. Contohnya, sebuah bank perdagangan yang merancang untuk memastikan langkah perlindungan dan pemulihan dilaksanakan bagi menyelamatkan operasi perniagaaan sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
metaphorical solutionpenyelesaian kiasanKesusasteraanTiadaPeleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan.
beliefkepercayaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kekangan dalam hal-hal kepercayaan atau ketidakpercayaan. Namun, kedudukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak selari dengan pandangan Islam yang umum mengenai murtad. Bagi yang sudah pun beriman dengan Islam dan kemudian meninggalkannya, mereka telah melakukan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menurut majoriti besar ulama Islam, perbuatan murtad jatuh di bawah kesalahan hudud yang membawa kepada hukuman mati.

Kembali ke atas