Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh difahami

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Adakah tajuk berikut boleh difahami dan diterima: "Menambahkan Sentuhan Emosi dalam Sejarah". Terima kasih.

Tajuk yang lebih tepat ialah Menerapkan Sentuhan Emosi dalam Pembelajaran Sejarah.

Tatabahasa13.06.2023
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Saya ingin bertanya, Interaksi antara kaum perlu dipertingkatkan dengan cara yang boleh difahami. Soalan saya, berkenaan perkataan "dipertingkatkan". Yang mana lagi tepat? "dipertingkatkan" atau "dipertingkat". Ada pihak memaklumkan perkataan dipertingkatkan itu salah.Penggunaan “dipertingkatkan” dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.03.2019
Selamat pagi. Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasa dan boleh difahami umum? "Prinsip moral tetap dijunjung tinggi dalam kebudayaan China. Ia boleh diibaratkan sebagai sumber bagi air dan akar bagi pokok."Ayat yang betul ialah Prinsip moral tetap dijunjung tinggi dalam kebudayaan China. Prinsip tersebut diibaratkan sebagai sumber bagi air dan akar bagi pokok.Tatabahasa24.08.2020
BAGAIMANAKAH CARANYA MENJADI PENULIS BERJAYA.Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis.Lain-lain25.07.2007
apakah maksud perkataan reduk sionis?Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks.Makna09.04.2007
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak?Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya.Ejaan26.06.2012
Antara berikut, yang manakah lebih tepat penggunaannya: - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Ke-3 Tolong beri raionalnya.Kesemuanya betul. Penggunaan 'kali yang' atau 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja. Ayat/frasa tersebut masih boleh difahami walaupun frasa/kata tersebut tidak digunakan.Lain-lain06.10.2009
Sekolah A mempunyai sampel 'belajar' aritmetik mental yang paling banyak... Seramai 39 orang telah diambil sebagai sampel. Soalan: Adakah perlu 'belajar' diganti dengan 'pelajar', 'pembelajaran', 'pelajaran' atau 'pengajaran' ?Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, ayat yang dikemukakan oleh saudara ini boleh digunakan memandangkan ayat ini sudah boleh difahami dan digunakan. Terima kasih.Lain-lain11.01.2007
Bolehkah istilah yang tidak wujud pada carian PRPM (cth: kemopencegahan) digunakan untuk penulisan ilmiah?

Tidak ada dalam sumber rujukan kami perkataan kemopencegahan. Melihat kepada bentuk perkataan, kemopencegahan merupakan gabungan daripada dua perkataan tetapi tidak difahami maksudnya. Jika perkataan tersebut merupakan istilah, sila hubungi kami dan nyatakan konsep dan contoh penggunaannya untuk kami cadangkan perkataan baharu yang boleh difahami maksudnya.

Istilah22.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas