Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh difahami

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cryptographykriptografiTeknologi MaklumatTiadaSuatu bidang kajian penyulitan maklumat yang menukarkan maklumat dari format yang boleh difahami (contoh teks biasa) kepada format yang tidak boleh difahami oleh pihak ketiga yang tidak memiliki kunci rahsia. Berasal daripada perkataan Greek kryptós yang bermaksud “sembunyi” dan gráphein yang bermaksud “untuk tulis”. Teks sulit ini dinamakan teks sifer. Penyahsulitan ialah proses kebalikan untuk mendapatkan semula teks asal dengan menggunakan kunci rahsia juga. Contohnya teks “saya di Putrajaya”, disulitkan menjadi “xfdf in uzywfofdf”. Kod ini dicipta dengan menggantikan setiap huruf dalam teks asal dengan huruf yang berada lima kedudukan ke kanan dalam turutan huruf A – Z.
cryptographykriptografiTeknologi MaklumatTiadaSuatu bidang kajian penyulitan maklumat yang menukarkan maklumat dari format yang boleh difahami (contoh teks biasa) kepada format yang tidak boleh difahami oleh pihak ketiga yang tidak memiliki kunci rahsia. Berasal daripada perkataan Greek kryptós yang bermaksud “sembunyi” dan gráphein yang bermaksud “untuk tulis”. Teks sulit ini dinamakan teks sifer. Penyahsulitan ialah proses kebalikan untuk mendapatkan semula teks asal dengan menggunakan kunci rahsia juga. Contohnya teks “saya di Putrajaya”, disulitkan menjadi “xfdf in uzywfofdf”. Kod ini dicipta dengan menggantikan setiap huruf dalam teks asal dengan huruf yang berada lima kedudukan ke kanan dalam turutan huruf A – Z.
التعيين بالإشارةpenentuan beri syaratAgama IslamFiqhMembuat penentuan sesuatu barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.
speech recognition deviceperanti pengecaman pertuturanTeknologi MaklumatTiadaPeranti yang menerima pertuturan melalui pembesar suara dan menukarkannya kepada kod digital yang boleh difahami komputer.
domain name system (DNS)sistem nama domain (DNS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2.
ta‘yin bi al-isyaratpenentuan berisyaratPerniagaan IslamTiadaPerihal membuat penentuan sesuatu tawaran atau penerimaan barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, dalam urus niaga lelongan, perbuatan menganggukkan kepala oleh pembeli boleh diterima sebagai isyarat tanda setuju atau penjual memberikan isyarat tangan sebagai tanda menerima tawaran daripada pembeli.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
machine languagebahasa mesinTeknologi MaklumatTiadaBahasa asli bagi setiap pemproses komputer. Bahasa yang berasaskan digit 0 dan 1 sahaja dan amat bergantung kepada jenis komputer atau pemproses yang digunakan. Bahasa mesin sesuatu pemproses hanya satu-satunya bahasa yang boleh difahami dan dilaksanakan oleh mesin (pemproses) tersebut. Bahasa mesin pemproses Intel akan berbeza dengan pemproses Motorola. Bahasa ini adalah suruhan pemproses (mesin) yang boleh dilaksanakan secara langsung tanpa perlu pengkompilan.
structural criticismkritikan strukturalKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut.
second generation language (2GL)bahasa generasi keduaTeknologi MaklumatTiadaBahasa generasi kedua menggunakan mnemonik untuk mewakili suruhan. Mnemonik yang digunakan amat ringkas yang hanya membenarkan tidak lebih 4 aksara sahaja untuk pemboleh ubah. Bagaimanapun bahasa ini tidak menggunakan simbol 0 dan 1 (perduaan) untuk mewakili suruhan dan lain-lain. Bahasa generasi kedua juga dikenali sebagai bahasa penghimpun. Bahasa ini amat bergantung kepada jenis pemproses komputer, iaitu bahasa ini hanya boleh difahami oleh mesin atau pemproses tersebut sahaja. Contoh segmen atur cara yang ditulis dalam bahasa generasi kedua adalah seperti berikut: V86_signal_return CALL SYMBOL_NAME MOV1 XOR1 END
1234

Kembali ke atas