Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh digunakan

Peribahasa

Bagai sayang kaki pada terompah.

Bermaksud :

Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali atau Setiap jawapan pilihan boleh digunakan lebih daripada sekali.Ayat yang betul ialah Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali.Lain-lain11.11.2020
Adakah 'ia' boleh digunakan sebagai ganti nama bagi tenaga, contohnya tenaga haba?

Perkataan ia merujuk kepada dia yang merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. Oleh itu, ia boleh digunakan bagi merujuk tenaga haba.

Tatabahasa19.12.2020
bolehkah memulakan satu ayat dengan menggunakan perkataan "tetapi"? selain daripada perkataan "namun begitu" apakah perkataan lain yang boleh digunakan?Menurut data kami perkataan tetapi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai kata penghubung tentangan bagi permulaan ayat ialah walau bagaimanapun.Tatabahasa17.07.2020
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"?Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951)

samping1
 kata nama
sisi atau sebelah kiri atau kanan:
Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan.

di samping
a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang.

b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain.

c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini.
Makna24.05.2023
Perkataan "atau" boleh digunakan dalam ayat penyata?Perkataan "atau" boleh digunakan dalam ayat penyata contohnya,  "Jumlah penduduk yang hilang pekerjaan atau yang tidak mampu lagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan semakin meningkat.Tatabahasa26.08.2022
adakah perkataan Islamiyyah boleh digunakan dalam ejaan bahasa Melayu?Ejaan Islamiyyah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah islamiahLain-lain03.01.2022
Adakah istilah PERMUA boleh digunakan yang merujuk kepada permainan mudah alih?Istilah PERMUA tidak boleh digunakan sebagai kependekan untuk merujuk kepada permainan mudah alih.Istilah07.04.2022
Adakah perkataan "dan" boleh digunakan dua kali dalam satu ayat?

Perkataan dan boleh digunakan lebih satu kali dalam satu ayat.  Contoh ayat:  Ayah dan ibu menziarahi nenek dan mak saudara.

Tatabahasa03.10.2023
Kenapa "Contohnya" tidak boleh digunakan di permulaan ayat?

Perkataan "contohnya" boleh digunakan pada permulaan ayat yang mempunyai kesinambungan dengan ayat sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk tenaga pengajar anda atau buku-buku yang berkaitan dengan bahasa atau layari laman web PRPM.


Tatabahasa20.08.2022
Adakah perkataan "perekodan" boleh digunakan dalam penulisan rasmi/buku?Terdapat perkataan "perekodan" dalam bahasa Melayu dan perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan rasmi.   Ejaan14.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas