Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh diharap

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu status hubungan antara keluarga contoh anak kakak dengan saya dipanggil anak saudara. jika boleh diharap dapat tuan menyenaraikan status tersebut . terima kasihHubungannya dengan saudara  ialah anak saudara. Lain-lain09.05.2008
Adakah ejaan perkataan reliabel (Bahasa Inggeris - reliable) betul/ boleh diterima pakai dan apakah maksud bagi perkataan tersebut?Tidak ada perkataan reliabel dalam bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, padanan yang betul bagi reliable dalam bahasa Melayu ialah boleh dipercayai/boleh diharap.Istilah02.09.2009
Tuan, saya ingin bertanya tentang maksud *handal* frasa *handal bersukan* adakah betul? dalam konteks ini, handal ialah kata adjektif atau kata penguat? adakah frasa ini sama maksud dengan handal dalam sukan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud handal ialah:
1. boleh diharap (dipercayai) setia;
2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai
3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll)
Maksud handal bersukan di sini bermaksud pandai bersukan atau cekap dalam sukan, jadi boleh digunakan.
Makna01.09.2021
Asalamualaikum, boleh saya tau ejaan rumi bagi nama يوشع...adakah Yusha' / Yusha / Yushak / Yushaq Diharap boleh membantu ya kerana saya ingin mendaftar nama anakPadanan ejaan Rumi  bagi nama يوشع, tuan boleh memilih sama ada  Yusha' / Yusha / Yushak / Yushaq tidak menjadi kesalahan kerana ejaan nama khas individu. 
Ejaan01.05.2021
Salam sejahtera, saya kadang-kadang mempunyai masalah membezakan penggunaan ke, pada, kepada, dari dan daripada. Diharap saya boleh mendapatkan penerangan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan
ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi
iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.


Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. Wang itu ada pada ibu.

Tatabahasa20.01.2013
Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds".Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya.

Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat.
Ejaan24.04.2018
Saya masih kurang memahami mengenai ayat majmuk dan ayat pasif. Ayat majmuk ada 3 jenis yang saya pelajari iaitu ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Diharap saya boleh mendapat penjelasan mengenai tatabahasa ini.Terima kasih.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

Manakala ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa08.01.2009
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasanKami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal.Lain-lain31.10.2011
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semulaKami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula.Lain-lain09.04.2014
"Kenapa sudi jadikan bayi yang di buang sebagai anak sendiri?" Dari segi bahasa adakah ayat di atas adalah betul? Diharap pihak DBP boleh bagi kami cadangan ayat yang sesuai. Ini adalah bagi penerbitan Buku Program yang akan dicetak 18hb Mei 2012.Ayat yang betul ialah Mengapakah anda sudi menjadikan bayi yang dibuang sebagai anak sendiri?Tatabahasa24.04.2012
12345678

Kembali ke atas