Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.los] | بولوس

Definisi : tidak mempunyai sesuatu apa di badan (rambut, bulu, perhiasan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.los] | بولوس

Definisi : Jk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.los] | بولوس

Definisi : dpt lalu kerana tidak ada sesuatu yg menahan; berlubang terus hingga ke sisi yg lain; lulus: Jala itu tersangkut dan koyak sehingga ikan-ikan besar pun ~ semuanya. membolos 1 sengaja tidak mahu masuk bekerja atau tidak datang ke sekolah; memonteng: Beberapa orang murid yg ~ telah diberi amaran oleh guru besar. 2 melarikan diri: Salah seorang tahanan itu telah ~ dr penjara. terbolos tidak sengaja termasuk ke dlm; terperosok; terperlus: Selalu saja mereka ~ ke dlm lubang di bawah lapisan salji itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolos


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.
Tidak menjadi kesalahan dalam tatabahasa Melayu untuk memulakan ayat dengan peribahasa, yang penting pastikan peribahasa yang digunakan membawa maksud yang ingin disampaikan.
Tatabahasa22.01.2014

Kembali ke atas