Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom] | بوم

Definisi : senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : tempat ayam berlaga di gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : 1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dll menarik kereta); 2. Id jambatan pelabuhan, pelabuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bom II[bom]kata namabengkak bom iaitu bengkak yang besar; bengkak bom.Kaki dia hak tegeliat tu dah bengkak bom.[kA.ki di.jA hA/ t«.g«.li.jAt tu dAh b«N.kA/ bom]Kakinya yang tersalah urat itu telah bengkak.
bom I[bom]kata kerjaberbohong, temberang, bercakap besar (bahasa kasar).Apa dia dok bom kat hang tu sampai hang telenggak dengaq?[A.pA di.jA do/ bom kAt hAN tu sAm.pAj hAN t«.lAN.gA/ d«.NAâÖ]Apakah yang ditemberangkan olehnya kepadamu sehingga engkau terlopong mendengarnya?
bengkak bom[b«N.kA/ bom] bengkak yang besar; bom II.Kaki dia hak tegeliat tu dah bengkak bom.[kA.ki di.jA hA/ t«.g«.li.jAt tu dAh b«N.kA/ bom]Kakinya yang tersalah urat itu telah bengkak.
merah bejehang[mE.ÒAh b«.dZ«.hAN] sangat merah, merah menjahang; merah bejahang.Depa sapu cat kereta bomba itu sampai merah bejehang.[dE.pA sA.pu tSAt k«.ÒE.tA bom.bA tu sAm.pAj mE.ÒAh b«.dZ«.hAN]Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah.
merah bejahang[mE.ÒAh b«.dZA.hAN] sangat merah, merah menjahang; merah bejehang.Depa sapu cat kereta bomba tu sampai merah bejahang.[dE.pA sA.pu tSAt k«.ÒE.tA bom.bA tu sAm.pAj mE.ÒAh b«.dZA.hAN]Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah.

Kembali ke atas