Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom] | بوم

Definisi : senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : tempat ayam berlaga di gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : 1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dll menarik kereta); 2. Id jambatan pelabuhan, pelabuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bombn 1. explosive device, bom: atomic ~, bom atom; time ~, bom waktu; smoke ~, bom asap; incendiary ~, bom pembakar; 2. (geog) bom: volcanic ~, bom lahar; 3. (colloq) failure, kegagalan, gagal: the new play was a total ~, drama baru itu gagal sama sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
live 2 adj 1. alive, living, hidup: ~ snakes, ular-ular hidup; 2. not yet exploded, hidup: ~ bombs, bom-bom hidup; 3. (of coal, ember, etc) glowing or burning, hidup; 4. (of show, performance) di hadapan penonton, secara langsung: I attended Anita Sarawak’s first ~ performance, saya menghadiri persembahan Anita Sarawak yg pertama di hadapan penonton; 5. (of a broadcast) transmitted while actually happening, secara /langsung, terus/: a ~ coverage of the Miss Universe constest, liputan secara terus pertandingan Miss Universe; 6. (of wire, electrical equipment, etc) charged with electricity, hidup: a ~ circuit, litar hidup; 7. of current interest, hangat: the nuclear threat is still very much a ~ issue, ancaman nuklear masih menjadi isu hangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
letter-bombn surat berisi bom; (in parcel form) bungkusan berisi bom.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
letter-bombn surat berisi bom; (in parcel form) bungkusan berisi bom.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stink bomb n bom busuk: someone has let off a ~ in the classroom, ada orang yg telah meletupkan bom busuk di bilik darjah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dive~ for, a. see vi (sense 2.); b. jump forwards, to one side, suddenly, menerpa ke arah: when the phone rang, both of them ~d for it, apabila telefon berdering, mereka berdua menerpa ke arahnya; ~ for cover, [no specif translation]: the men ~d for cover when the bombs started exploding, askar-askar itu berkejar mencari perlindungan apabila bom-bom mula meletup; when I saw her coming I felt like diving for cover, apabila saya nampak dia datang, saya terasa spt hendak menyorok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bomb~ st up, (usu pass.) mengisi sst dgn bom: the planes have been ~ed up, kapal-kapal terbang itu telah diisi bom.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
time-bomb2. (fig.) bom yg sudah berdetik: the high rate of unemployment is a ~ that will one day have terrible consequences, kadar pengangguran yg tinggi merupakan bom yg sudah berdetik yg pd suatu hari nanti akan mendatangkan akibat yg dahsyat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hella ~ of a, (colloq) a. very good, bagus betul: he’s a ~ of a pilot, bagus betul juruterbang itu; b. very bad, teruk betul: it was a ~ of an accident, teruk betul kemalangan itu; c. very, betul: it’s a ~ of a long wait, lama betul menunggu; all ~ break loose, (colloq) keadaan menjadi haru-biru: that night, when the bombs fell on the city, all ~ broke loose, malam itu, apabila bom-bom digugurkan di kota itu, keadaan menjadi haru-biru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dudn (colloq) 1. bomb, shell, firework, etc that fails to explode, (bom yg) tak berguna: the bomb turned out to be a ~, bom itu rupa-rupanya tak berguna; 2. counterfeit, (approp n) palsu: the one hundred dollar bill he gave me was a ~, duit seratus dolar yg diberikannya kpd saya itu palsu; 3. so. who is considered useless, (orang yg) tdk berguna: our new supervisor is a real ~, penyelia baru kami betul-betul tdk berguna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas