Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom] | بوم

Definisi : senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : tempat ayam berlaga di gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : 1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dll menarik kereta); 2. Id jambatan pelabuhan, pelabuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah antara dua ayat yang tepat. 1. para guru harus mempunyai susila yang baik. 2. pihak polis tahu punca letupan bom itu.1. Ayat Para guru harus mempunyai susila yang baik  adalah betul.
 
2. Ayat yang betul ialah Pihak polis mengetahui punca letupan bom itu.
Tatabahasa04.01.2012
Salam. saya ingin bertanya tentang imbuhan menge- iaitu MENGEBOM daripada kata dasar BOM, MENGETIN ( TIN )...bagaimana pula perkataan BEG..kenapa tidak menjadi MENGEBEG...Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata yang mempunyai satu suku kata, sama ada perkataan Melayu atau kata pinjaman. Perkataan 'mengebom' dan 'mengetin' adalah betul. Walau bagaimanapun, perkataan 'mengebeg' tidak wujud dan tidak mempunyai maksud tertentu.Tatabahasa30.03.2012
minta maaf. Ulang soalan. Terjemahan molotov cocktailMelalui semakan kami Molotov cocktail diterjemahkan kepada bom botol atau koktail Molotov.Penyemakan dan penterjemahan14.10.2014
Selamat Pagi. Saya ingin bertanya. dalam ayat tanya, selepas tanda tanya (?) Perkataan untuk ayat seterusnya menggunakan huruf besar. contoh: a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak. Bagaimana pula dalam situasi berikut: b)"Apakah Kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" Tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu. sekian terima kasih.Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak.

b)"Apakah kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu.
Tatabahasa12.06.2014
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan 'bomb jammer'? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

bomb jammer - penyekat isyarat bom

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.01.2022
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan.

Makna05.11.2009
Adakah penggunaan 'kemudian' perlu diikuti dengan tanda koma? Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. -kemudian atau -kemudian,Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya ... tidak lama kemudian, adiknya muncul di hadapan rumah ... dan ... kemudian terdengar dentuman bom jatuh bertubi-tubi ....Tatabahasa18.09.2012
apakah perbezaan antara menghadkan dan mengehadkanPerkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkan. Peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111. Istilah16.07.2009
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kanApitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut.Tatabahasa10.06.2009
12

Kembali ke atas