Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOM

Bom ialah senjata yang meletup. Bom digunakan

terutamanya dalam peperangan. Pengganas

juga menggunakannya. Bom membunuh dan

mencederakan manusia dan memusnahkan

bangunan, kapal terbang, kapal laut, dan sasaran

lain. Kebanyakan bom terdiri daripada selongsong

logam berisi bahan letupan atau bahan kimia.

Sesetengah bom cukup kecil hingga boleh dibawa

dengan tangan. Pengganas sering menggunakan

bom demikian. Dalam peperangan, bom kecil

boleh dicampakkan sebagai grenad atau

dilepaskan dari meriam. Walau bagaimanapun,

kebanyakan bom adalah besar dan digugurkan dari

kapal terbang.

UMUM 
BOM TANGAN UMUM 
BOM ATOM UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
TELLER, EDWARD

Teller, Edward (1908–2003) ialah ahli sains atom

Amerika yang terkemuka, yang sering dikenali

sebagai bapa bom hidrogen. Usahanya dalam

bidang fizik nuklear telah membawa kepada

pembuatan bom-H pada tahun 1952.

Teller lahir pada 15 Januari 1908 di Budapest,

Hungary. Dia menerima ijazah kedoktoran dalam

bidang fizik dari University of Leipzig, Jerman, pada

tahun 1932. Dia menyertai projek bom atom masa

perang di Amerika Syarikat pada tahun 1941. Dia

bekerja dengan Makmal Kebangsaan Los Alamos

(New Mexico) sehingga tahun 1952. Kemudian dia

menyertai Lawrence Livermore Laboratory, iaitu

pusat penyelidikan di Livermore, California, yang

khusus untuk mereka bentuk senjata nuklear. Teller

juga bertugas sebagai profesor fizik di University of

California dari tahun 1953 hingga tahun 1975. Dia

adalah pengarah makmal Livermore dari tahun 1958

hingga tahun 1960 dan pengarah bersekutu dari

tahun 1972 hingga tahun 1975.

UMUM 
OPPENHEIMER, J. ROBERT

Oppenheimer, J. Robert (1904–1967), ahli fizik

Amerika, yang menjadi terkenal sebagai bapa

bom atom. Dari tahun 1943 hingga 1945, dia

menjadi pengarah makmal di Los Alamos, New

Mexico, tempat reka bentuk dan pembinaan bom

atom yang pertama dibuat.

UMUM 
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
MISIL BERPANDU

Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom

yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil

berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi

komputer dan alat khas yang lain yang

memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga

mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang

bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.

Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan

manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.

Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio

daripada pengawal yang mungkin berada jauh.

UMUM 
SERPIH

Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada

kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api

serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan

askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan.

Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang

apabila meletup, terpecah kepada ribuan

serpihan kecil (kepingan).

UMUM 
PESAWAT PENGEBOM

Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera

yang menyerang sasaran di darat dan di laut.

Pesawat pengebom membawa bom, peluru

berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera

udara bagi hampir semua negara mempunyai

pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan

tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat

pengebom.

UMUM 
12

Kembali ke atas