Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bom yg diledakkan dgn tenaga atom;. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bom yg menggunakan tenaga atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom atom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOM ATOM UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
OPPENHEIMER, J. ROBERT

Oppenheimer, J. Robert (1904–1967), ahli fizik

Amerika, yang menjadi terkenal sebagai bapa

bom atom. Dari tahun 1943 hingga 1945, dia

menjadi pengarah makmal di Los Alamos, New

Mexico, tempat reka bentuk dan pembinaan bom

atom yang pertama dibuat.

UMUM 
TANGE, KENZO

Tange, Kenzo (1913–2005) ialah arkitek Jepun.

Usahanya menggabungkan sistem bangunan moden

daripada kaca dan konkrit dengan gaya tradisional

Jepun. Dia terkenal kerana bangunan Peace Hall yang

dibina di tapak letupan bom atom di Hiroshima,

Jepun.

UMUM 
TELLER, EDWARD

Teller, Edward (1908–2003) ialah ahli sains atom

Amerika yang terkemuka, yang sering dikenali

sebagai bapa bom hidrogen. Usahanya dalam

bidang fizik nuklear telah membawa kepada

pembuatan bom-H pada tahun 1952.

Teller lahir pada 15 Januari 1908 di Budapest,

Hungary. Dia menerima ijazah kedoktoran dalam

bidang fizik dari University of Leipzig, Jerman, pada

tahun 1932. Dia menyertai projek bom atom masa

perang di Amerika Syarikat pada tahun 1941. Dia

bekerja dengan Makmal Kebangsaan Los Alamos

(New Mexico) sehingga tahun 1952. Kemudian dia

menyertai Lawrence Livermore Laboratory, iaitu

pusat penyelidikan di Livermore, California, yang

khusus untuk mereka bentuk senjata nuklear. Teller

juga bertugas sebagai profesor fizik di University of

California dari tahun 1953 hingga tahun 1975. Dia

adalah pengarah makmal Livermore dari tahun 1958

hingga tahun 1960 dan pengarah bersekutu dari

tahun 1972 hingga tahun 1975.

UMUM 
TAYLOR, SIR GEOFFREY

Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik

Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya

kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam

ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913,

yang bekerja dalam bidang metereologi dan

aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918),

dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi

yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor

lahir di London.

UMUM 
DEMPSTER, ARTHUR JEFFREY

Dempster, Arthur Jeffrey (1886–1950) ialah

ahli fizik Amerika. Pada tahun 1935, dia menemui

uranium 235 (U-235), isotop nadir unsur uranium.

Isotop U-235 ialah sebatian utama dalam bom

atom.

UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
DEUTERIUM

Deuterium, yang juga dikenali sebagai

hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil

(lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau 2H.

Deuterium ialah bahagian yang penting dalam

bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom,

biokimia, dan kimia.

UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 

Kembali ke atas