Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; membongkar 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; terbongkar telah dibongkar;bongkaran hasil membongkar, benda yg sudah dibongkar; kebongkaran Jk kemasukan pencuri, kecurian; pembongkaran perbuatan membongkar; pembongkar orang yg bertanggungjawab membongkar sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; ~ cerah Pr fajar menyingsing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; membongkar 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. bongkaran sesuatu yg dibongkar; hasil membongkar; rombakan. pembongkaran 1 perbuatan membongkar (barang-barang dsb). 2 pembukaan rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkar

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bongkar kisah waris saka [Ulasan buku Pewaris Senja Bahagian 1 karya Remy Ikmal]Zuraidah YahyaBerita Harian31.10.2008
Bongkar sejarah nama unik kampungRadzuan HassanKosmo Ahad21.01.2007
Bongkar keistimewaan SallehNorhadiani BaharomHarian Metro08.09.2006
Bongkar masalah penghijrahan belia ke kotaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail19.05.1997
Bongkar isu pengklonan manusiaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail06.07.1997
Wacana bongkar tarikh Sultan Mahmud mangkatNazmi YaakubBerita Harian17.04.2008
Suzainariah bongkar rahsia ketuanan MelayuMeran Abu BakarUtusan Malaysia19.06.2007
Remaja bongkar misteri rumah rahsiaWan Nur Intan IzzatiUtusan Malaysia30.09.1997
Cerminan bongkar persoalan rasuah ahli korporatAziz TalibBacaria17.09.1997
Dialog bongkar keresahan pencinta budayaSalbiah AniBerita Harian20.07.1998
1234

Kembali ke atas