Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borong

Puisi
 

Ada satu burung tiung,
     Turun ke kolam mandikan anak;
Bukankah baik beli borong,
     Timbang kati untung tak banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wholesale dealerpenjaga borong/pedagang borongEkonomiTiadaTiada
bai‘ jizafjual beli borongPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti dan keadaan sebenar produk tersebut. Contohnya, pembelian selonggok produk makanan bijirin atau buah-buahan. Urus niaga ini terkecuali daripada rukun jual beli kerana ketidaktepatan jumlah barangan tetapi diharuskan syarak atas keperluan manusia dan kemudahan perniagaan. Bai‘ jizaf juga dikenali sebagai bai‘ mujazif atau bai‘ jazaf.
wholesale travel agentejen pelancongan borongPelanconganTiadaWakil yang menyediakan pakej pelancongan untuk dijual secara borong kepada pelanggan.
wholesaleborongKomunikasiTiadaTiada
wholesaleborongEkonomiTiadaTiada
wholesaleborongPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
wholesaleborongPentadbiranTiadaTiada
wholesale marketpasar borongGeografiTiadaTiada
wholesale bankingperbankan borongPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
wholesale priceharga borongEkonomiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas