Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bot] | بوت

Definisi : sj kenderaan kecil yg bergerak di atas air, yg biasanya membawa sejumlah kecil penumpang; ~ bomba bot yg digunakan oleh perkhidmatan bomba utk memadamkan kebakaran di laut (kapal dsb); ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn laju sekali; ~ nelayan bot yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan, udang dsb; ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut dsb; ~ ronda bot yg digunakan utk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bot] | بوت

Definisi : sj perahu yg diberi berenjin. ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn sangat laju. ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut, sungai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bot


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOT TUNDA

Bot tunda merupakan bot kecil berkuasa tinggi

yang mengendalikan kapal besar. Bot tunda

beroperasi di laut, sungai dan terusan, juga di selat

dan pelabuhan. Ia digerakkan oleh kuasa daripada

stim, diesel, atau enjin diesel-elektrik.

UMUM 
RUMAH BOT UMUMUmum
LALAT BOT UMUM 
BOT PENYELAMAT

Bot penyelamat ialah kapal yang membawa

bot penyelamat untuk menempatkan penumpang

dan anak kapal ketika bencana.

UMUM 
BOT RATA

Bot rata ialah penunda yang besar, berbentuk

seperti rakit yang digunakan untuk membawa

muatan dan penumpang. Bot rata mempunyai

dasar dan hujung bersegi yang rata.

UMUM 
BOT JET

Bot jet ialah lancang kecil yang digerakkan oleh

kuasa jet berpam air yang dipam menerusi nozel

dengan halaju tinggi di buritan bot.

UMUM 
RAJA BOT RAJA JUMAAT

RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BOT API

Bot api ialah kapal yang menggunakan kuasa

stim untuk belayar di sungai. Ia selalunya merujuk

kepada kapal kecil yang terdapat di tasik dan

perairan pantai. Perkataan kapal stim digunakan

untuk kapal besar yang belayar di lautan luas.

UMUM 
RAJA AYUB RAJA BOT

RAJA AYUB RAJA BOT (1910-   ), pentadbir dan ahli politik. Dia lahir pada 17 Februari 1910 di Bukit Raja, Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian dia melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di Lincoln College, Oxford, London. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOTOR SANGKUT

Motor sangkut ialah enjin petrol atau motor

elektrik yang dilekapkan pada buritan bot. Motor

ini menggerakkan aci pemacu menegak yang

menggerakkan kipas. Kipas berpusing dalam air

untuk menggerakkan bot.

UMUM 
123

Kembali ke atas