Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : cabang biologi yg berkaitan dgn kehidupan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : ist cabang drpd ilmu biologi yg berkaitan dgn kajian ttg tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi "botanical beverage mix" seperti dalam ayat di bawah ini. Sama ada "campuran minuman botani" atau "minuman botani campuran.? Botanical beverage mix 356. (1) Botanical beverage mix shall be a preparation made from the edible portions or extract of plants or herbs, with or without sweetening substance and other food, and includes herbal beverage mix. Campuran minuman botani 356. (1) Campuran minuman botani hendaklah suatu penyediaan yang dibuat daripada bahagian boleh dimakan atau ekstrak tumbuhan atau herba, dengan atau tanpa bahan pemanis dan makanan lain, dan termasuklah campuran minuman herba.Kedua-dua padanan kata bahasa Melayu iaitu campuran minuman botani atau minuman botani campuran boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
Istilah mana yang tepat untuk “botanical jewellery”? a. pembuatan perhiasan diri botanikal b. pembuatan barang kemas botanikal c. pembuatan barang kemas botani d. pembuatan perhiasan diri botaniPadanan yang tepat bagi botanical jewellery ialah barang kemas botani.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "bearberry" dalam istilah botani diterjemah sebagai "bearberi"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bearberry" dalam pangkalan data kami. Oleh itu, bearberi  boleh digunakan.Istilah01.04.2014
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sepadan untuk menerangkan "flower spike" dan "flower head" dalam bahasa melayu. Perkataan ini biasa ditemukan dalam bidang botani. Adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama?Berdasarkan maklumat internet dan prpm kami boleh mencadangkan:

flower head  -  jambak

flower spike  --  bulir.

Namun, padanan yang tepat tetap bergantung pada konteks penggunaan.
Makna29.03.2014
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk".Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP;

jentu kata nama
tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga.

manakala,

pedunkel (peduncle)
Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi
1. Tangkai infloresens.
2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak.
3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap.
4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.

Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
Makna29.05.2023
Apakah terjemahan di dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat Bahasa Inggeris berikut: 'Nearest to purple but pinker' Bolehkah pihak tuan email kepada saya senarai glosari istilah-istilah saintifik (Botani dalam Bahasa Inggeris) serta maksudnya di dalam Bahasa Melayu. Contoh: BI kepada BM cordate = kordat Terima kasih1. Cadangan kami bagi nearest to purple but pinker ialah ungu kemerahjambuan.
2. Puan boleh menghubungi kedai buku DBP atau Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan buku glosari atau istilah yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan.
Tatabahasa13.12.2019
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010

Kembali ke atas