Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : cabang biologi yg berkaitan dgn kehidupan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : ist cabang drpd ilmu biologi yg berkaitan dgn kajian ttg tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENSAMPELAN BOTANIKaedahPERTANIANKonsep
BOTANI

Botani ialah sains atau kajian tentang pokok.

Ia merupakan salah satu bidang utama biologi.

UMUM 
RIDLEY, HENRYPakar botani berbangsa Inggeris yang bertanggungjawab mengasaskan industri getah di Nicholas Ridley.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAP

Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang

dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat

dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta

mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok

ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan

dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi

jenis sap ialah air yang membawa makanan

tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke

bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan

atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan

yang dikenali sebagai floem.

UMUM 
MENDEL, GREGOR JOHANN

Mendel, Gregor Johann (1822–1884), ahli botani

dan rahib Austria yang merumuskan hukum asas

keturunan. Eksperimennya yang membiakkan

tumbuhan kacang taman melahirkan perkembangan

sains yang dikenali sebagai genetik.

UMUM 
KIRSTENBOSCH

Kirstenbosch ialah tapak Taman Botani

Kebangsaan Afrika Selatan. Ia terletak di lereng

timur Gunung Table di Cape Town. Kirstenbosch

meliputi kira-kira 560 hektar. Tetapi hanya tujuh

peratus daripada taman ini telah dibangunkan.

Selebihnya masih belum disentuh.

UMUM 
DE VRIES, HUGO

De Vries, Hugo (1848–1935) ialah ahli botani

Belanda dan penuntut evolusi organik, yang

lebih dikenali sebagai pengarang teori mutasi

(lihat Mutasi).

UMUM 
ROSEWOOD

Rosewood ialah nama bagi beberapa jenis kayu

dalam genus botani Dalbergia.

UMUM 
PINK

Pink adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan tumbuhan berbunga yang ahli botani

namakan Dianthus , iaitu perkataan Yunani bagi

bunga Jove . Bunganya sering dilihat berwarna

samar ( pink dalam bahan Inggeris) tetapi nama

pink mengikut ramai autoriti, digunakan dalam

pengertian pieree atau puncture (tebuk), dan

merujuk kepada tepi kelopaknya yang berkedut.

UMUM 
SLOAN, SIR HANS

Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan

ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan

perpustakaan peribadinya menjadi bahan

permulaan British Museum. Sloan mengumpul

tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan

yang diambil dari Jamaica pada tahun

1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang

dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan

menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden

Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti

Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716.

UMUM 
12

Kembali ke atas