Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : cabang biologi yg berkaitan dgn kehidupan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ta.ni] | بوتاني

Definisi : ist cabang drpd ilmu biologi yg berkaitan dgn kajian ttg tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botani


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
botanybotaniBotaniTiadaKajian tentang tumbuh-tumbuhan dan kehidupannya.
botanical namenama botaniHerbaPeraturan dan PemasaranNama saintifik tumbuhan dalam bahasa Latin. Kebiasaannya nama botani mengandungi tiga perkataan. Perkataan pertama dimulai dengan huruf besar yang ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan genus tumbuhan. Perkataan kedua juga ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan spesiesnya, sementara perkataan ketiga menyatakan nama ahli botani yang menemui dan menamai tumbuhan tersebut. Nama botani suatu tumbuhan adalah berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Namun, bagi tumbuhan kultigen, kultivar tambahan dan/atau kumpulan epitet adalah berdasarkan pada Kod Antarabangsa Tatanama bagi Tumbuhan Tanaman. Contohnya, Orthosiphon stamineus Benth. ialah nama botani pokok misai kucing.
botanical varietyvarieti botaniPertanianAgronomi

Pecahan sesuatu spesies tanaman atau tumbuhan yang mempunyai perbezaan ciri-ciri kecil seperti rupa atau warna. Contohnya, rambutan boleh dipecahkan kepada varieti botani yang berbeza mengikut warna kulit buah, sama ada kuning (varieti gading) atau varieti merah. Varieti botani terhasil secara semula jadi atau diwujudkan dengan proses pemilihan, contohnya nanas varieti Josapine diwujudkan dengan proses kacukan dan pemilihan nanas yang manis isinya.

nomenclaturetatanamaHerbaBotani dan BioteknologiKaedah pemberian nama saintifik yang tepat kepada spesies tumbuhan mengikut sistem binomial. Sistem penamaan ini mengikut peraturan antarabangsa yang dikendalikan oleh Kod Tatanama Botani Antarabangsa. Nama saintifik yang telah diterbitkan dalam jurnal akan diterima pakai di seluruh dunia. Contohnya, Oryza sativa (padi), Cocos nucifera (kelapa), Hevea brasiliensis (getah) dan Eleais guineesis (kelapa sawit). Tanaman yang telah dikacuk atau dibiakbakakan dinamai mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa Tumbuhan Tanaman setelah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Contohnya, Ananas comosus cv. josapine (nanas) dan Carica papaya cv. exotica (betik).
identificationpengecamanHerbaBotani dan BioteknologiProses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat.
ex situ conservationpemuliharaan ex situHerbaBotani dan BioteknologiProgram pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar kawasan asal seperti di ladang, taman botani, taman pertanian, arboretum, bank biji benih serta makmal kultur tisu dan krioawetan. Program ini penting untuk melindungi sumber genetik bagi tujuan penyelidikan dan pembiakan. Sumber genetik tersebut penting bagi pertanian komersial serta pembangunan produk.
taxonomytaksonomiHerbaBotani dan BioteknologiBidang sains yang menghuraikan, memberi nama, membuat pengelasan dan pengecaman organisma. Kajian ini bertujuan untuk mengelaskan organisma mengikut famili, genus dan spesies. Nama saintifik organisma ditentukan mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature (ICBN)). Kajian taksonomi dikenali juga sebagai kajian sistematik.
gene bankbank genHerbaBotani dan BioteknologiTempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
binomial nomenclaturepenamaan binomialBotaniTiadaKombinasi dua nama taksonomi, iaitu genus dan spesies untuk mengenal pasti secara tepat klasifikasi organisma tertentu. Nama genus merupakan nama umum dan ditulis bermula dengan huruf besar. Nama spesies adalah khusus dan ditulis dengan huruf kecil. Nama ini boleh digariskan atau dicondongkan. Contohnya, Capsicum annuum atau Capsicum annuum. Pembentukan dan penggunaan penamaan binomial adalah mengikut kod sistem penamaan antarabangsa dalam bidang bakteriologi, botani dan zoologi.
botanybotaniPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas