Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bro.sur] | بروسور

Definisi : risalah (yg memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brosur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur ituBrosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.Lain-lain19.05.2011
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan.Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.Lain-lain23.09.2019
Saya diminta untuk membuat brosur seminar sastera pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu
Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.
Lain-lain19.05.2011
Saya ingin bertanya apa perbezaan antara brosur, pamplet, fliers dan buku kecil?Menurut data kami, brosur ialah risalah. Padanan bagi pamphlet dan flyer ialah risalah manakala buku kecil merujuk kepada buku  yang  kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna01.04.2019
saya ingin bertanya apakah objektif, ciri-ciri dan kepentingan bahasa dan budaya Melayu...kerana saya ingin membuat satu brosur mengenai kempen bahasa dan budaya Melayu...Bagi membantu puan menyediakan brosur kempen bahasa dan budaya Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat - Bab 1 : Sejarah dan Variasi bahasa; juga buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar (DBP, 2008); atau rujuk laman sesawang DBP.Lain-lain25.04.2010
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan penterjemahan bagi penerbitan brosur, buku, majalah dan terbitan lain institusi saya. Sekiranya boleh, berapa anggaran kos dan masa yang diperlukan. terima kasih.

Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.

Lain-lain03.02.2009
SAYA INGIN MENDAPATKAN SIJIL PENGGUNAAAN BAHASA MALAYSIA UNTUK BROSUR YANG DILAMPIRKAN BAGI PERMOHONAN PERMIT IKLAN KPKT

Sila layari laman web  dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan untuk memohon yang terdapat pada laman web tersebut.  Terima kasih.

Lain-lain31.05.2022
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta  festival tersebut ialah  masyarakat bukan Melayu.

DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP.

Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang.
Lain-lain27.07.2013
Kami ingin mendapatkan khidmat nasihat terjemahan dokumen rasmi FELDA seperti brosur korporat, manual, teks ucapan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain19.01.2021
123

Kembali ke atas