Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pinjong[pin.dZoN]kata namapenjuru.Letaklah buah-buah tu kat pinjong sane.[l«.tA/.lAh bu.wAh.bu.wAh tu kAt pin.dZoN sA.n«]Letaklah buah-buah itu di penjuru sana.
buah molong[mo.loN] sejenis pengat daripada tepung gandum berbentuk bebola yang dimasak dengan gula.   
licok[li.tSo/]kata kerjamenjolok sehingga merosakkan buahCeremat-ceremat siket, jangan kau licok buah tu, nanti tak dapat makan.[tS«.Ä«.mAt.tS«.Ä«.mAt si.ket dZA.NAn kAw li.tSo/ bu.wAh tu ]Cermat-cermat sedikit, jangan engkau jolok sehingga merosakkan buah itu, nanti tidak boleh dimakan.
gedi[g«.di]kata adjektifhabis diambil orang.Gedi buah limau tu, panjat di budak.[g«.di bu.wAh li.mAw tu pAn.dZAt di bu.dA/]Habis buah limau itu, setelah pokok dipanjat budak.
loho[lo.ho]kata adjektifbusuk, lodoh (buah).Dibiyanye buwah nangke tu tepi dapo sampai abes loho.[di.bi.jA.ø« bu.wAh nAN.k« tu t«.pi dA.po sAm.pAj A.bes lo.ho]Dibiarnya buah nangka itu di tepi dapur hingga habis busuk.
mencelah[m«n.tS«.lAh]kata adjektifmasak sebahagian daripada segugus.Datangle ke rumah, buah langsat dah mencelah.[dA.tAN.l« k« Äu.mAh bu.wAh lAN.sAt dAh m«n.tS«.lAh]Datanglah ke rumah, buah langsat sudah ada yang masak.
ceding[tS«.diN]kata namabuah penghujung atau baki padi yang belum dituai.Ceding padi tu jadi makanan tikus.[tS«.diN pA.di tu dZA.di mA.kA.nAn ti.kus]Baki padi yang masih belum dituai itu menjadi makanan tikus.
semangke[s«.mAN.k«]kata namabuah tembikai.   
bonyo[bo.øo]kata adjektifberkenaan buah yang terlalu lembik kerana sudah lama terbiar atau terjatuh atau dihempap sesuatu.Pisang dah bonyo, baek buang aje.[pi.sAN dAh bo.øo bAe/ bu.wAN A.dZ«]Pisang yang sudah lembik, lebih baik dibuang sahaja.
gandos[gAn.dos]kata namakecambah dalam buah kelapa, tumbung kelapa.   
12

Kembali ke atas