Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sellthese apples ~ at fifty cents each, buah-buah epal ini dijual dgn harga lima puluh sen sebiji; ~ st at, menjual sst dgn harga; ~ st at a loss, menjual sst dgn harga yg merugikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underripeadj kurang masak: the peaches are still ~, buah-buah pic itu masih kurang masak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stave ~ off, mengelak, menghindarkan: they ate quantities of berries to ~ off hunger, mereka memakan buah-buah beri utk mengelak drpd lapar; he has managed to ~ off bankruptcy for now, dia dapat mengelak drpd menjadi muflis buat masa sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pick 1 ~ st over, membelek-belek sst: she ~ed over the strawberries, discarding any that were overripe, dia membelek-belek buah-buah strawberi itu, dan membuang yg terlampau masak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halvevt 1. divide into two, membahagi dua; (by cutting) /membelah, memotong/ dua: she ~d the tomatoes, dia memotong dua buah-buah tomato itu; 2. share equally, membahagi dua, memperdua: he ~d the winnings with his son, dia membahagi dua hadiah kemenangan itu dgn anaknya; 3. lessen by half, mengurangkan separuh: the new aircraft has ~d the journey across the Atlantic, kapal terbang baru itu telah mengurangkan separuh masa perjalanan merentasi lautan Atlantik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underweightadj kurang beratnya: the baby is ~, bayi itu kurang beratnya; I must have been cheated, the fruit I bought is ~, sudah tentulah saya ditipu, buah-buah yg saya beli kurang beratnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fruitn 1. buah; (collectively) buah-buahan: the ~ of this tree is not edible, buah pokok ini tdk boleh dimakan; the main course was followed by a choice between ~ and cheese, hidangan utama diikuti dgn pilihan antara buah-buahan dan keju; 2. (fig.) hasil, buah: the ~s of his labour, hasil usahanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
orangen 1. (tree), (pokok) oren; 2. (fruit), (buah) oren: apples and ~s, buah epal dan buah oren; 3. (colour), (warna) /jingga, oren/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tile2. piece in game, buah: mahjong ~, buah mahjung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sort to ~ out the ripe from the unripe fruit, mengasingkan buah yg masak drpd buah yg muda; ~ the blue beads from the red ones and put them in different boxes, isih-isih manik biru drpd manik merah dan masukkan ke dlm kotak yg berlainan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas