Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Pantun

PantunSumberTema
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah saga buah berangan, Buah mengkudu buah kepayang; Segalanya hilang dari pandangan, Aku rindu ibuku sayang.Pantun Melayu SarawakAgama
Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah delima, Buah saga berwarna merah; Tuah adat tuah bersama, Tuah menjaga nama dan maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas