Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fruitbuah; buah-buahanGeografiTiada2. Bahagian pokok yang berbiji dan boleh di makan.
fruitbuah; buah-buahanGeologiTiada2. Bahagian pokok yang berbiji dan boleh di makan.
fruitbuah; buah-buahanBiologiUmumTiada
gateaugateauPentadbiran PerniagaanTiadaKek beraneka rupa diinti dengan kastard dan buah-buah serta kekacang berglis.
Carpelloid fruitBuah berkarpelPertanianAgronomi

Buah yang terbentuk hasil perkembangan karpel setelah persenyawaan berlaku antara debunga dengan ovul. Buah berkarpel mengandungi dinding ovari sebagai kulit luar yang melindungi biji benih dalam buah tersebut. Kebanyakan buah tergolong dalam jenis buah berkarpel. Contohnya, kelapa, rambutan dan mangga, manakala buah nanas dan pisang bukan buah berkarpel kerana bahagian batangnya menjadi sebahagian daripada tisu buah.

muzaraah objectivematlamat muzara‘ahEkonomiEkonomi IslamHasil yang ingin dicapai daripada akad muzara‘ah, iaitu tanaman telah mengeluarkan buah, buah telah masak, selamat dituai dan hasil telah dibahagi. Sebaliknya jika hasil belum diperoleh dan belum dibahagi, maka matlamat tersebut belum tercapai.
currantbuah kismis; currantPentadbiran PerniagaanTiada1. Buah Kismis: Buah anggur yang telah dibuang bijinya dan dikeringkan.,2. Currant: Pohon dengan buahnyanya yang kecil berwarna hitam, putih atau merah dan bergugus.
preserved fruitbuah-buahan jeruk; haluaPentadbiran PerniagaanTiada1. Buah-buahan jeruk: Buah-buahan yang telah diasamkan atau diasinkan.,2. Halwa: Buah-buahan yang direndam dalam air gula.
custard-applebuah serikaya/buah nonaPertanianTiadaTiada
custard-applebuah serikaya/buah nonaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas