Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg dikasihi, jantung hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tuai padi selasih dulang,
     Saya tumpang secawan baja;
Buah hati dimaklum orang,
     Saya menumpang kawan saja.


Lihat selanjutnya...(68)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweetheart agreementperjanjian buah hatiEkonomiTiadaTiada
sweetheart contractkontrak buah hatiEkonomiTiadaTiada
hypocorismnama timanganKesusasteraanTiadaNama pujaan yang selalu ditemui dalam puisi lirik, misalnya "buah hati", "gunung payung" dan sebagainya, ditujukan kepada kekasih atau seumpamanya.
idiomidiomKesusasteraanTiadaCara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain.
nutmeg liverhati buah palaVeterinarTiadaTiada
alterativealteratifHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk membersihkan darah. Kebanyakan herba alteratif meningkatkan tindakan pembersihan darah oleh limpa, hati, buah pinggang dan usus besar. Herba ini digunakan dalam jangka masa panjang untuk memberikan kesan nyahtoksik keseluruhan aliran darah secara berperingkat yang akan meningkatkan penghadaman, asimilasi dan rembesan glandular. Contoh herba ini ialah daun mambu, bawang putih, pegaga dan ginseng.
amyloidamiloidKimiaForensikSebatian selulosa yang menyerupai kanji yang terdiri daripada protein dan asid kondroitin sulfurik. Sebatian ini terbentuk dalam organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan limpa akibat sesetengah penyakit seperti Alzheimer dan Hodgkin.
hepatorenalhepatorenalPerubatanTiadaBerkaitan dengan hati dan buah pinggang.
hepatonephromegalyhepatonefromegaliPerubatanTiadaPembesaran pada hati dan buah pinggang.
Amanita phalloidesAmanita phalloidesKimiaForensikSejenis cendawan yang beracun. Cendawan ini mengandungi polipeptida amanitin dan faloidin yang stabil haba, dan lebih berbahaya berbanding muskarina, walaupun bertindak secara perlahan. Pengingesan cendawan ini menyebabkan halusinasi dan sakit perut. Kerosakan mungkin terjadi pada hati, buah pinggang, dan sistem saraf, dan mungkin membawa maut.
1234567

Kembali ke atas