Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ginjal, kerinjal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah pinggang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIURETIK

Diuretik ialah dadah atau bahan yang

meningkatkan pengeluaran air kencing oleh

buah pinggang.

UMUM 
NEFRITIS

Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright,

adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang

buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit

yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia

melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah

pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan

jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah

pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang

biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul

di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau

berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang

serius atau berkekalan pada buah pinggang.

UMUM 
SIKLOSPORIN

Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu

atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan

oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli

imunologi Switzerland, Jean Borel telah

menemui khasiat perubatan dalam siklosporin

pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan

dalam pembedahan pemindahan jantung, hati,

pankreas, tulang sumsum, buah pinggang,

dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin

dapat menurunkan kekerapan berlakunya

kerumitan dan kematian akibat pembedahan

tersebut.

UMUM 
BRIGHT, RICHARD

Bright, Richard (1789–1858) ialah doktor

Inggeris yang menjadi terkenal pada tahun 1827

apabila berjaya menunjukkan hubungan antara

buah pinggang yang berpenyakit, albumin dalam

air kencing, dan dropsi.

UMUM 

Kembali ke atas