Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bual] | بوال

Definisi : 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bual] | بوال

Definisi : percakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bual] | بوال

Definisi : pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bual


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BualNordin Hj. AbdullahDewan Sastera1 October 2008
Temu bual dengan Menteri Kanan Singapura tentang masa depan AsiaTiadaDewan Masyarakat1 June 1996
Teknik forensik : temu bual dan soal siasatPuteri Roslina Abdul WahidDewan Bahasa1 September 2007

Kembali ke atas