Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bual] | بوال

Definisi : 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bual] | بوال

Definisi : percakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bual] | بوال

Definisi : pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bual


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. Intranet (Ig. Intranet) Rangkaian dalaman yang menggunakan

Kembali ke atas