Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bual] | بوال

Definisi : 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bual] | بوال

Definisi : percakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bual] | بوال

Definisi : pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bual


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
temu bualPenemu bual orang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara.Kamus Pelajar
temu bualpertemuan dgn seseorang utk bersoal jawab (spt antara pemberita dgn tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb (spt antara pemberita dgn tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (spt tokoh politik) utk mendapatkan berita dsb; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
temu bualMenemu bual menyoal seseorang (spt tokoh politik dll) utk mendapatkan berita dsb; menemu ramah; mewawancara.Kamus Pelajar
temu bualBertemu bual bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb (spt antara pemberita dgn tokok politik dll); bertemu ramah; berwawancara.Kamus Pelajar
temu bualtemu ramah, wawancara, interviu; bertemu bual bertemu ramah, berwawan­cara; menemu bual menemu ramah, mewawan­cara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri; penemubual penemu ramah, pewawancara, penginterviu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bual Ipercakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bual Ipercakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong:Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1. perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2. apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain.Kamus Pelajar
interviu1. temu ramah, temu bual, wawancara: Perdana Menteri telah mengadakan ~ selama satu jam; 2. temu duga: ia menunggu panggilan ~ utk jawatan kosong itu; menginterviu 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil utk diinterviu; penginterviu 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara; 2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga.Kamus Dewan Edisi Keempat
penemu bualorang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Penemu bualorang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas