Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.na] | بوانا

Definisi : sl dunia, jagat, bumi: maka tersebutlah pula kisah tentang Betara Kala yg pd ketika itu sedang mengedari jagat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.na] | بوانا

Definisi : dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ageratum conyzoidesNaga BuanaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai rumput tahi ayam, rumput pereh jarang dan rumput sekedok. Tumbuhan ini jenis herba berbulu. Daunnya tersusun bertentangan di bahagian pangkal pokok dan berselang di bahagian atas. Daunnya jenis ringkas, berbentuk ovat, tepi daun bergerigi tumpul. Bunganya berwarna ungu hingga putih dan berbau busuk apabila dipegang. Tumbuhan ini mengandungi minyak pati, koumarin, ageratokromin, friedalin, ß-sitosterol, stigmastirol dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di merata tempat. Air rebusan akar diminum untuk merawat demam. Daun yang telah dilumatkan dibuat tampalan untuk merawat luka, penyakit kulit dan bisul. Jus daun dan batang digunakan secara luaran untuk mengubati sakit telinga. Air rebusan daun diminum untuk menghentikan pendarahan dalam rahim dan cirit-birit.
Phyllantus pulchernaga buanaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai naga jumat, kelurut tanjung dan semelit patung. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya berbentuk serong, tangkai daunnya sangat pendek dan mempunyai stipul. Bunganya jenis tunggal berwarna merah. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan separa terlindung. Keseluruhan tumbuhan digunakan sebagai tuaman untuk merawat ulser hidung, bisul, bengkak bernanah, gatal, demam dan masalah ginjal pada kanak-kanak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati sakit perut dan darah tinggi. Daun segar yang telah dilumatkan ditampal pada gusi untuk merawat sakit gigi.
octaveoktafKesusasteraanPuisiPuisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang.
ottava rimaastarimaKesusasteraanPuisiPuisi yang barisnya mengandungi lapan rima, khususnya rima hujung. Astarima boleh terdiri daripada rima yang sama atau rima yang berbeza. Contohnya, puisi '"Penagih Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya.

Kembali ke atas