Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buat] | بوات

Definisi : 1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buat] | بوات

Definisi : kata yg digunakan utk menunjukkan sesuatu tujuan atau perbuatan: Ikan busuk jangan dibuang, ~ perencah si daun kayu. ~ asal ist arahan dlm sesuatu atur cara komputer utk membatalkan tindakan sebelumnya. ~ duit bp bekerja lebih utk mendapatkan wang yg lebih banyak. berbuat melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. membuat 1 menjadikan sesuatu benda; membikin: Tukang mana yg ~ rumah ini? 2 menyebabkan terjadinya sesuatu: Engkau telah ~ aku malu di tengah orang ramai. membuatkan membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju. memperbuat 1 menyebabkan sesuatu dpt dibuat; membuat sesuatu dgn usaha; mengusahakan: Sekarang ini tidak banyak lagi orang yg ~ gula kabung. 2 mempermainkan (orang): Tidak sopan kalau kita ~ orang tua spt dia. buatan 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. buat-buatan yg dibuat-buat saja; tidak benar: sakit ~. perbuatan 1 segala yg dibuat atau dilakukan: Jauhkanlah diri drpd mengerjakan ~ jahat. 2 tingkah laku; kelakuan: ~nya berlain drpd perkataannya. pembuatan hal, cara atau proses membuat sesuatu (terutamanya barang dagangan). pembuat orang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat kilang ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buat

Puisi
 

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(138)
Peribahasa

Buat baik berpada-pada,
     buat jahat jangan sekali.

Bermaksud :

Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud muka seposen (sepuluh sen).Muka seseorang yang buat-buat minta belas kasihanMakna24.09.2018
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama?Perkataan 'buat' bukan kata sendi nama. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'untuk' kerana 'untuk' merupakan kata sendi nama. Frasa yang gramatis ialah 'untuk selama-lamanya' dan 'untuk kali pertama'.Tatabahasa02.08.2019
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama? (Soalan in telah ditanya pada 2 Ogos 2019)Buat bukan kata sendi nama. Rujuk TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA m/s: 265 untuk penerangan lebih lanjut tentang kata sendi nama.Tatabahasa20.08.2019
salam sejahtera. manakah penggunaan yang lebih tepat? buat kali pertama atau buat pertama kali?Buat kali pertama, lebih tepat. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa31.03.2018
Mohon cadangan perkataan Bahasa Melayu untuk "The Do's and Don'ts". Adakah sesuai 'Buat dan Jangan Buat".Frasa The Do's and Don'ts boleh diterjemahkan kepada "Buat dan Jangan Buat" atau "Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan", bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan11.11.2014
1) Akan kami buat 2) kami akan buat tolong beri penjelasan yang manakah yang betul..dan cara penggunaan yang tepat...Ayat pasif yang betul ialah ...akan kami buat. Kami akan membuat... (bukan kami akan buat) ialah bentuk ayat aktif.Tatabahasa10.01.2014
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih.Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali.  Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa  terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain07.02.2012
Salam, Appreciate advice on the correct usage: "Buat julung kalinya" or "Buat julung-julung kalinya"? When to use 'julung' & 'julung-julung'? Thank you.Frasa yang betul ialah "buat julung-julung kalinya", julung-julung bermaksud pertama-tama atau mula-mula, manakala julung bermaksud pertama atau utama.Tatabahasa30.07.2012
Buat tapak lompat jauh dengan panjang 50cm,lebar 25cm dan kedalaman 20cm. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah:



Bina tapak lompat jauh dengan kepanjangan 50 m, kelebaran 25 m dan kedalaman 20 m.
Tatabahasa30.11.2022
buat ayat dengan perkataan gunatiada guna lagi engkau menyesali atas apa yang berlaku.Tatabahasa07.01.2008
12345678910...

Kembali ke atas