Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Meja ini diperbuat daripada kayu. Meja ini buatan kayu. Adakah perkataan buatan boleh menggantikan “diperbuat daripada”? Jika tidak boleh, apakah ayat lain yang sinonim?Ayat yang betul, Meja ini diperbuat daripada kayu. Kata buatan tidak boleh digunakan kerana buatan bermaksud sesuatu yang telah dibuat atau dikerjakan, apa-apa yang dibuat atau dikerjakan, cara membuat dan sesuatu yang  dibuat oleh manusia.Lain-lain25.01.2019
a)Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. b)Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Ayat mana betul?Ayat yang gramatis ialah Barangan buatan Malaysia bukan sahaja murah, malahan cantik dan disukai ramai.Tatabahasa21.08.2015
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pertanyaan saya seperti berikut: Frasa " buatan malaysia" adalah frasa nama atau frasa kerja. Mohon penjelasan. Terima kasih.Frasa “ buatan Malaysia”  ialah frasa nama. Binaan frasa nama terdiri daripada  buatan (inti) + Malaysia (penerang nama milik).Tatabahasa22.08.2017
Kedai barangan buatan tanganKedai barangan buatan tanganTatabahasa14.01.2008
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQSetanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta.Tatabahasa07.02.2012
Salam Satu Malaysia, Kata pemeri terdiri daripada "ialah" dan "adalah".Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat di bawah dan yang mana satu betul. a)Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya. (perkataan "kepunyaan" merupakan kata nama/ kata adjektif?) b)Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali.(perkataan "buatan" merupakan kata nama?) Terima kasih. b) Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali.Untuk ayat 1. Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya.  Secara gramatisnya tidak perlu ditulis perkataan "adalah".  Cukup dengan ayat begini:  Buku yang sedang dibaca oleh kakak itu kepunyaan saya.  Penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.
"Kepunyaan" ialah kata nama terbitan.

Begitu juga dengan ayat 2. Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali. Tidak perlu pemeri "ialah" di situ.  Cukup dengan ayat begini: Kasut kulit itu buatan Itali.
Lain-lain02.10.2014
Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini betul dan gramatis?Ayat yang lebih tepat: Barangan buatan Malaysia murah, cantik dan disukai ramai. Penggunaan "tetapi" bermaksud pertentangan idea.Tatabahasa20.08.2015
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja?Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan.Tatabahasa19.08.2015
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks.
Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS
Lain-lain18.08.2016
1) Carian Kata tidak ada 'kereta continental', 'kereta kontinental' atau pun 'kereta buatan europe'. Apakah penterjemahan yang betul untuk 'continental cars'? 2) Juga, apakah perterjemahan yang betul untuk 'call us for free car pick-up services'?1. Cadangan terjemahan bagi continental car ialah kereta buatan Eropah.
2. Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah hubungi kami untuk perkhidmatan pengambilan kereta percuma.
Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
12345

Kembali ke atas