Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah wujud peribahasa buaya tembaga atau istilah tersebut hanya merujuk kepada spesies buaya sahaja?Tiada peribahasa yang merujuk kepada buaya tembaga. Dalam data kami, buaya tembaga merupakan sejenis buaya yang nama saintifiknya  Crocodilus porosus.Lain-lain24.08.2015
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin tanya kenapa buaya dikenali sebagai Sang Bedal? Apakah perkaitan antara buaya dengan perkataan "bedal"? Terima kasih.Sang Bedal dalam karya kreatif bahasa Melayu biasanya merujuk kepada buaya kerana ekor buaya mempunyai sifat membedal atau memukul seseorang atau sesuatu, biasanya dengan pantas dan kuat.Makna02.06.2023
buaya tembagaTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain05.03.2012
Salam sejahtera tuan/puan, Dengan segala hormatinya, saya ingin mengajukan satu pertanyaan lagi berkenaan dengan ayat berikut; Soalan Di sungai itu, banyak buaya yang ganas-ganas muncul sejak akhir-akhir ini. Adjektif= ganas Komen: Jika dikaji dari aspek sintaksis, kesalahan ialah buaya yang ganas-ganas=buaya yang ganas. Akan tetapi terdapat pengulangan kata adjektif . Contohnya ganas=ganas-ganas Sila jelaskan dan beri nasihat mengenai ayat berikut tentang penggunaan adjektif dan penggandaan kata adjektif dalam ayat tersebut. Bantuan tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih
Kata adjektif dalam ayat “Di sungai itu, banyak buaya yang ganas-ganas muncul sejak akhir-akhir ini” ialah kata adjektif ganda yang bermaksud keadaan sifat yang menyeluruh bagi kata adjektif berkenaan. Perkataan”ganas-ganas” merujuk penekanan sifat ganas yang menyeluruh, iaitu tidak terkecuali walaupun  seekor buaya. Ayat dengan kata adjektif ganda tersebut tidak dikira salah, sebaliknya ayat itu bermaksud keseluruhan buaya di sungai itu ganas.
Tatabahasa27.06.2022
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian.Lain-lain16.04.2011
apakah maksud Sang Rangkak?kura-kurakah atau buaya?dan apa maksud pula Sang Bedal?sekian dan terima kasih.Sang Rangkak merujuk kura-kura, manakala Sang Bedal merujuk buaya.Makna22.04.2014
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih.Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah).Tatabahasa08.01.2013
Salam. Adakah sarang buaya juga dikenali sebagai "jerumun"? Apakah makna sebenar jerumun?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerumun bermaksud 1. pondok tempat ber­teduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau 2. rumpunan semak (belukar) 3. sejenis tumbuhan, derumun. Oleh itu, tidak terdapat dalam pangkalan data DBP yang menyatakan bahawa jerumun ialah sarang buaya.Makna17.01.2014
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you.Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata.Tatabahasa28.04.2014
1234

Kembali ke atas