Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUAYA

Buaya adalah salah satu reptilia terbesar yang

masih hidup. Buaya, aligator, gavial, dan kayman

kelihatan serupa, dan kesemuanya dinamakan

famili buaya.

UMUM 
ALIGATOR

Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada

kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air

dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat.

Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai

Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat

dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah

dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali

sebagai aligator.

UMUM 
POKOK SEABAD

Pokok seabad ialah nama sekumpulan

tumbuhan gurun Amerika yang tergolong dalam

famili agave. Ia juga dinamakan agave atau aloe

( lidah buaya ) Amerika. Nama pokok seabad

berasal daripada salah sangka bahawa tumbuhan

ini berbunga hanya sekali dalam 100 tahun.

Sesetengah pokok seabad berbunga banyak kali,

dan yang lain berbunga hanya sekali dan

kemudian mati. Tetapi tiada yang berbunga jarang

sekali seperti sekali dalam 100 tahun.

UMUM 
SETH

Seth, juga dikenali sebagai Set , ialah dewa ribut,

keganasan, kegelapan dan gurun Mesir purba.

Dia juga merupakan dewa haiwan gurun, ular,

babi, badak dan buaya. Seth dikenal pasti sebagai

haiwan yang mempunyai badan yang panjang

seperti anjing liar atau greyhound ; berleher

panjang, bermuncung melengkung, bertelinga

segi empat yang tegak serta ekor yang kaku

dan bercabang. Seth sering kali digambarkan

sebagai bertubuhkan manusia dan berkepalakan

binatang.

UMUM 
REPTILIAp>

Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang

kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru.

Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia,

dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat

(haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk

aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara.

UMUM 
MUAR

Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di

bahagian barat negeri Johor yang menghala ke

Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini

bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan

dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari

Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya.

Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar

dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat

Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar,

iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek,

Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga,

Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang,

Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri

Menanti.

UMUM 
SPESIES TERANCAM

Spesies terancam ialah benda hidup yang

terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua

individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan

tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan

ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam

termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang

utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau

dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan

terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres

Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus.

UMUM 
KULIT

Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah

lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit

lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit

rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan

dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat

daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses

menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit

untuk membuat objek yang berguna disebut

penyamakan.

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 
LAMURILAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir  abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi  ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar MajapahitSEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas