Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
belon engkabang, *bilun engkabang* Ib, MSrhelikopter.Memang Umai terlonjak-lonjak kegembiraan melihat helikopter itu berpusing-pusing di udara sebentar tadi. Dua buah helikopter itu mungkin membawa menteri dan rombongannya. "Belon engkabang!” Jerit Umai. Kasau ketawa.Buaya Putih Buaya KudungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
geramak Ibsejenis ketam kecil.Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering.Buaya Putih Buaya KudungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempekang Ibsejenis kail buaya.Dia mengurut-urut serta dipicit-picit tempat yang sakit itu supaya dia dapat mengeluarkan benda itu. Benda itu sebenarnya sempekang iaitu kait yang digunakan untuk menangkap buaya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taju Ibsejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia.Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bergala, *begala* MSrsesuatu yang diperoleh melebihi jangkaan.Harga seekor buaya itu saja sudah cukup untuk gantirugi harga selambo kita yang rosak itu; itu pun kalau rosak. Kalau tak rosak, rezeki bergala datang menggolek," Pak Lundu memulangkan sindirannya kepada Mondot.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jukut Sksesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu.Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lupung Ibsejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam.Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas