Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).Terlalu gemuk (tentang orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar buaya berenang.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Orang tua diajar makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buaya bertemu bangkai hanyut.Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adakah buaya menolak bangkai?Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak akan terlawan buaya menyelam.Orang bodoh tak dapat melawan orang pandai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.Membuat pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah diajar anak buaya berenang.Orang yang sudah tahu tak perlu diajar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan.Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas