Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.ya] | بوايا

Definisi : 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : balak tempat menegakkan tiang perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung raja udang, pekaka, Pelargopsis amauroptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.ya] | بوايا

Definisi : beberapa jenis binatang reptilia berkulit keras yg biasanya terdapat di sungai, paya dsb, Crocodilus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jari buayajari buayaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk jari buaya, lazimnya diukir pada kepala katil.
daun jari buayadaun jari buayaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun jari buaya.
telur buayatelur buayaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Homalium spp. daripada famili Flacourtiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah kayu batu, dan di Sabah ialah takaliu. Spesies utama termasuk Homalium foetidum, H. grandflorum, dan H. longfolium. Gubal kayu telur buaya sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras, dan sederhana berat dan berat. Kayu ini sukar diproses dan dikemas siap, lambat mengering, sederhana tahan, tetapi gubal kayunya mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat dan sementara, rangka pintu dan tingkap, lantai dan perabot
bakaubakauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas.
crocodile clipklip buayaSosiologiTiadaKlip yang menyerupai kepala buaya.
aloe lacerenda lidah buayaKesenianTiadaRenda biku atau renda tating yang diperbuat daripada yarn gentian pokok lidah buaya.
sandbaggerbuaya/hustlerSukanTiadaTiada
sansevierialidah buayaPertanianTiadaTiada
allegatoringretak buayaKesenianTiadaKesan retak halus yang terdapat pada permukaan sesebuah lukisan.
alligator wrenchperengkuh buayaKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas