Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/] | بودق

Definisi : 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da/] | بودق

Definisi : 1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
igak[i.gA/]kata kerjatangkap.Budok-budok dok igak blale pade.[bu.d/.bu.d/ do/ i.gA/ blA.lE p:A.dE]Budak-budak sedang menangkap belalang di padang.
loni[l:.ni]kata namasekarang.Budok loni rama tok ikok kato mok pok.[bu.d/ l:.ni ÄA.mA t/ i.ko/ kA.t m/ p/]Budak-budak sekarang ni ramai yang tak ikut nasihat ibu bapa.
lakong I nama[l:A.kN]kata namaperangai, kelakuan.Lakong budok loni mace-mace.[l:A.kN bu.d/ l:.ni mA.tSE.mA.tSE]Perangai budak-budak sekarang berbagai-bagai.
coh[tS)h]kata namasejenis permainan tradisional Kelantan (seperti permainan galah panjang).Budok-budok tu dok maeng coh.[bu.d/.bu.d/ tu d/ m:AeN tS))))))h]Budak-budak tu sedang bermain coh.
blete kale[blE.tE kA.lE] keadaan menjadi tidak teratur, lintang pukang.Budok-budok buje tu, tido blete kale lua.[bu.d/.bu.d/ bu.dZE tu ti.do blE.tE kA.lE l:u.wA]Budak-budak bujang tu, tidur lintang pukang di ruang tamu.
grepok[gÄ«.p/]kata kerjamenggertak untuk menakut-nakutkan.Budok-budok tu lari cama ligak lepah keno grepok kak ku.[bu.d/.bu.d/ tu lA.Äi tS:A.mA li.gA/ l«.pAh k«.n gÄ«.p/ kA/ ku]Budak-budak tu lari lintang-pukang lepas digertak oleh saya.
pelah[p«.lAh]kata kerjamengambil kepunyaan orang tanpa kebenarannya (berkenaan buah dan lain-lain), mencuri.Budok-budok tu dok pelah buoh mokte Cek Moh.[bu.d/.bu.d/ tu do/ p«.lAh bu.wh m/.tE tSE/ mh]Budak-budak tu sedang mencuri buah rambutan Cik Mah.
renggeh[ÄEN.gEh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti buah di atas pokok yang tinggal sedikit sahaja.Buwoh mokte tu renggeh doh nyo pelah budok.[bu.wh m/.tE tu ÄEN.gEh dh ø p«.lAh b:u.d/]Buah rambutan tu sudah tinggal sedikit kerana dicuri oleh budak-budak.
mek[mE/]kata nama1.      panggilan untuk budak perempuan.   
gase[gA.sE]kata adjektifkasar.Gase bena budok tu wak krijo.[gA.sE b«.nA bu.d/ tu wA/ kÄi.dZ]Kasar sungguh budak tu buat kerja.
12345678

Kembali ke atas